22 Nov 2012

NOTA TOUR LEADER : PROSES LAWATAN


LA 02      :       PROSES LAWATAN
PROSES LAWATAN MELIBATKAN :
02.01 :        PRAKTIS KESELAMATAN DAN KESIHATAN
02.02 :        URUS KEBERANGKATAN KUMPULAN PELANCONG
02.03 :        URUS AKTIVITI LAWATAN
02.04 :        URUS OPTIONAL TOUR

02.01         :        PRAKTIS KESELAMATAN DAN KESIHATAN
(1)     Memastikan semua pelancong mengambil insurans perjalanan ke luar negara.
          Insurans perjalanan adalah skim perlindungan yang disediakan untuk pelancong sewaktu melancong dimana ia merangkumi:
-         perbelanjaan perubatan
-         bayaran hospital
-         pembedahan
-         pengangkutan ambulans
-         Medical evacuation (penggunaan perubatan / peralatan di dalam ambulans /helikopter /kapal terbang)
-         Kemalangan yang melibatkan kematian
-         Pengebumian
-         Kecurian, kehilangan atau kerosakan barangan / harta peribadi ( contoh: wang atau passport)
-         Pembatalan perjalanan

(2)     Menasihati / mengingatkan pelancong sekiranya mereka
dalam perubatan dan perlu membawa ubat bersama, pastikan
mereka mendapat preskripsi dan nasihat dari doktor terlebih
dahulu sebelum pergi melancong.
(3)     Meminta atau mengingatkan para pelancong supaya mengambil suntikan vaksin / imunisasi (bagi negara-negara yang mewajibkan suntikan tersebut). Diantaranya: 
(i)      Vaksin HNIG (Human Normal Immunoglobin) – vaksin
          mandatori yang diperlukan bila melawat negara-negara
          yang mempunyai wabak demam kuning seperti Afrika,
          Amerika Selatan dan Asia.
          (ii)     Vaksin Meningitis – wajib diambil oleh para jemaah haji.  
          Dapat mencegah dari penyakit radang selaput otak.
          (iii)    Vaksin Influenza – perlu diambil oleh semua pelancong
                   yang ingin ke luar negara.         
         
(4)     Membuat research atau menyelidik dimanakah hospital/klinik/pusat kesihatan yang berhampiran dengan destinasi yang ingin kita tujui sekiranya berlaku kecemasan.

(5)     Membawa bersama dokumen atau kit-kit penting iaitu:
          }        No. telefon kedutaan
}        No. telefon talian kecemasan / pihak berkuasa tempatan destinasi yang ditujui
          }        No. telefon Operator Pelancongan destinasi yang ditujui
                   (contoh: hotel,tempat lawatan,syarikat  
                   penerbangan,restoran dan lain-lain perkhidmatan
                   pelancongan)
          }        No. telefon Operator Pelancongan (option / backup)
          }        No. telefon waris/keluarga pelancong sekiranya berlaku
                   kecemasan
}        First aid kit (peti pertolongan cemas) secara amnya
          mengandungi:
-         ubat-ubat am
-         thermometer / alat jangka suhu
-         pencegah serangga
-         rawatan bagi gigitan serangga
-         penitis mata
-         krim pelindung matahari dan pelembap bibir
-         tablet untuk sakit perut
-         plaster luka / perawat lekat
-         antiseptic
-         ubat penghilang kesakitan dan ubat batuk, selsema dan sinus
-         ubat pencegah cirit birit
-         krim sanitasi tangan
-         gunting / tweezer / penggunting kuku / jarum peniti / pin dan sebagainya

(6)             Mengingatkan atau memberi amaran kepada kumpulan pelancong supaya sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling contohnya penyeluk saku, peragut atau perompak.

(7)             Meminta dan mengingatkan pelancong supaya tidak membawa bersama barang-barang berharga seperti perhiasan emas dan sebagainya ketika melancong.
(8)             Menasihati dan mengingatkan pelancong tentang polisi pemeriksaan di lapangan terbang. Contohnya :barang-barang yang boleh dibawa dan barang-barang yang tidak boleh dibawa ketika melancong.

(9)             Meminta semua pelancong memberitahu/melaporkan kepada Ketua Rombongan dengan segera sekiranya berlaku masalah atau hal kecemasan sepanjang lawatan.

(10)        Mengingatkan pelancong supaya menjaga kesihatan dan mengambil langkah penjagaan kesihatan semasa lawatan bagi mengelakkan mereka dari jatuh sakit. Contohnya: mamakai pakaian yang sesuai dengan keadaan iklim, sentiasa mencuci tangan, makan makanan yang bersih dan sebagainya.

(11)        Sekiranya destinasi yang ditujui mengalami cuaca panas seperti negara-negara tropika, nasihatkan mereka memakai krim pelindung matahari bagi mengelakkan selaran kulit dan minum air yang banyak.

(12)        Meminta pelancong supaya sentiasa:
}        berada di dalam kumpulan
}        mendengar dan mematuhi arahan yang diberikan

(13)        Menyimpan semua passport dan pas pelepasan pelancong sepanjang lawatan dijalankan. Ketua Rombongan boleh menyerahkan passport kepada pihak hotel untuk disimpan di dalam peti simpanan yang berkunci. Ini bertujuan untuk mengelakkan masalah pelancong kehilangan passport semasa lawatan di sana.

(14)        Beri nombor telefon serta alamat hotel penginapan kepada semua pelancong sekiranya mereka tersesat semasa lawatan dijalankan.

(15)        Membawa wang kontigensi atau traveler’s cheques yang
          disediakan oleh syarikat agensi untuk sebarang kecemasan
         atau perbelanjaan semasa lawatan.

(16)   Menyediakan Booklet perjalanan atau buku panduan/tips perjalanan (sediakan salinan untuk diedarkan kepada pelancong) tentang:
-         Maklumat tukaran wang asing
-         Maklumat tentang cuaca
-         Maklumat tentang pakaian yang sesuai
-         Itinerary / jadual perjalanan
-         Jadual waktu solat
-         Berat bagasi yang dibenarkan
-         Dan informasi yang berkaitan

(17)   Membawa buku terjemahan bahasa asing atau language translation booklet supaya memudahkan urusan komunikasi.

No comments:

Post a Comment