22 Nov 2012

NOTA TOUR LEADER : PROSES LAWATAN


LA 02      :       PROSES LAWATAN
PROSES LAWATAN MELIBATKAN :
02.01 :        PRAKTIS KESELAMATAN DAN KESIHATAN
02.02 :        URUS KEBERANGKATAN KUMPULAN PELANCONG
02.03 :        URUS AKTIVITI LAWATAN
02.04 :        URUS OPTIONAL TOUR

02.01         :        PRAKTIS KESELAMATAN DAN KESIHATAN
(1)     Memastikan semua pelancong mengambil insurans perjalanan ke luar negara.
          Insurans perjalanan adalah skim perlindungan yang disediakan untuk pelancong sewaktu melancong dimana ia merangkumi:
-         perbelanjaan perubatan
-         bayaran hospital
-         pembedahan
-         pengangkutan ambulans
-         Medical evacuation (penggunaan perubatan / peralatan di dalam ambulans /helikopter /kapal terbang)
-         Kemalangan yang melibatkan kematian
-         Pengebumian
-         Kecurian, kehilangan atau kerosakan barangan / harta peribadi ( contoh: wang atau passport)
-         Pembatalan perjalanan

(2)     Menasihati / mengingatkan pelancong sekiranya mereka
dalam perubatan dan perlu membawa ubat bersama, pastikan
mereka mendapat preskripsi dan nasihat dari doktor terlebih
dahulu sebelum pergi melancong.
(3)     Meminta atau mengingatkan para pelancong supaya mengambil suntikan vaksin / imunisasi (bagi negara-negara yang mewajibkan suntikan tersebut). Diantaranya: 
(i)      Vaksin HNIG (Human Normal Immunoglobin) – vaksin
          mandatori yang diperlukan bila melawat negara-negara
          yang mempunyai wabak demam kuning seperti Afrika,
          Amerika Selatan dan Asia.
          (ii)     Vaksin Meningitis – wajib diambil oleh para jemaah haji.  
          Dapat mencegah dari penyakit radang selaput otak.
          (iii)    Vaksin Influenza – perlu diambil oleh semua pelancong
                   yang ingin ke luar negara.         
         
(4)     Membuat research atau menyelidik dimanakah hospital/klinik/pusat kesihatan yang berhampiran dengan destinasi yang ingin kita tujui sekiranya berlaku kecemasan.

(5)     Membawa bersama dokumen atau kit-kit penting iaitu:
          }        No. telefon kedutaan
}        No. telefon talian kecemasan / pihak berkuasa tempatan destinasi yang ditujui
          }        No. telefon Operator Pelancongan destinasi yang ditujui
                   (contoh: hotel,tempat lawatan,syarikat  
                   penerbangan,restoran dan lain-lain perkhidmatan
                   pelancongan)
          }        No. telefon Operator Pelancongan (option / backup)
          }        No. telefon waris/keluarga pelancong sekiranya berlaku
                   kecemasan
}        First aid kit (peti pertolongan cemas) secara amnya
          mengandungi:
-         ubat-ubat am
-         thermometer / alat jangka suhu
-         pencegah serangga
-         rawatan bagi gigitan serangga
-         penitis mata
-         krim pelindung matahari dan pelembap bibir
-         tablet untuk sakit perut
-         plaster luka / perawat lekat
-         antiseptic
-         ubat penghilang kesakitan dan ubat batuk, selsema dan sinus
-         ubat pencegah cirit birit
-         krim sanitasi tangan
-         gunting / tweezer / penggunting kuku / jarum peniti / pin dan sebagainya

(6)             Mengingatkan atau memberi amaran kepada kumpulan pelancong supaya sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling contohnya penyeluk saku, peragut atau perompak.

(7)             Meminta dan mengingatkan pelancong supaya tidak membawa bersama barang-barang berharga seperti perhiasan emas dan sebagainya ketika melancong.
(8)             Menasihati dan mengingatkan pelancong tentang polisi pemeriksaan di lapangan terbang. Contohnya :barang-barang yang boleh dibawa dan barang-barang yang tidak boleh dibawa ketika melancong.

(9)             Meminta semua pelancong memberitahu/melaporkan kepada Ketua Rombongan dengan segera sekiranya berlaku masalah atau hal kecemasan sepanjang lawatan.

(10)        Mengingatkan pelancong supaya menjaga kesihatan dan mengambil langkah penjagaan kesihatan semasa lawatan bagi mengelakkan mereka dari jatuh sakit. Contohnya: mamakai pakaian yang sesuai dengan keadaan iklim, sentiasa mencuci tangan, makan makanan yang bersih dan sebagainya.

(11)        Sekiranya destinasi yang ditujui mengalami cuaca panas seperti negara-negara tropika, nasihatkan mereka memakai krim pelindung matahari bagi mengelakkan selaran kulit dan minum air yang banyak.

(12)        Meminta pelancong supaya sentiasa:
}        berada di dalam kumpulan
}        mendengar dan mematuhi arahan yang diberikan

(13)        Menyimpan semua passport dan pas pelepasan pelancong sepanjang lawatan dijalankan. Ketua Rombongan boleh menyerahkan passport kepada pihak hotel untuk disimpan di dalam peti simpanan yang berkunci. Ini bertujuan untuk mengelakkan masalah pelancong kehilangan passport semasa lawatan di sana.

(14)        Beri nombor telefon serta alamat hotel penginapan kepada semua pelancong sekiranya mereka tersesat semasa lawatan dijalankan.

(15)        Membawa wang kontigensi atau traveler’s cheques yang
          disediakan oleh syarikat agensi untuk sebarang kecemasan
         atau perbelanjaan semasa lawatan.

(16)   Menyediakan Booklet perjalanan atau buku panduan/tips perjalanan (sediakan salinan untuk diedarkan kepada pelancong) tentang:
-         Maklumat tukaran wang asing
-         Maklumat tentang cuaca
-         Maklumat tentang pakaian yang sesuai
-         Itinerary / jadual perjalanan
-         Jadual waktu solat
-         Berat bagasi yang dibenarkan
-         Dan informasi yang berkaitan

(17)   Membawa buku terjemahan bahasa asing atau language translation booklet supaya memudahkan urusan komunikasi.

THE DIFFERENCE BETWEEN TOUR LEADER AND TOUR GUIDE


THE DIFFERENCE BETWEEN TOUR LEADER AND TOUR GUIDE
TOUR GUIDE

A Tour Guide is someone who works within an area they know very well. They provide a tour of a city, park or specific attraction like Niagara Falls. Their job entails providing commentary, routing the tour and seeing that people have a good time. They are paid by a local company and typically work on a daily basis.
A National Guide (also known as a Tour Director or Tour Manger) is someone who leads a group throughout a country or part of a country. Their job entails providing commentary, routing the tour, timing the tour and looking after logistics like hotel check-ins and reservations for attractions. Contrary to popular belief they are in charge of everything not the Coach Driver. They are paid by the Tour Operator and typically work fulltime for the tour season.
A tour guide usually refers to local tour guide, who guide in a specific location. Responsible for arrangements in his city, i.e. meals, local transportation local hotel arrangement, city introduction, and on-site commentary, etc. 

For a package tour, tour leaders and tour guides are working together to ensure a great sightseeing experience of travelers. For independent travelers, tour guides and tour leaders usually refer to same responsibilities in the destination. 
The Tour Guide is a licensed qualified expert who supplies specific information on history, art, architecture and culture of the city/village/museum in which he/she is guiding the tour. The guide meets the group at the place required and leaves the group at the end of the tour, they do not travel with the group.

(The tour guide is not a general guide for all sites, but has to obtain a license for each city and it’s province).
TOUR LEADER
A Tour Leader is someone who leads a group overseas. They may or may not have visited the place prior. Their job entails ensuring the people get what they paid for, facilitating the flight, and making sure the people have a good time. They are the person who takes a person to see a doctor or throws a "welcome cocktail party" on arrival. They work together with the Tour Guide and sometimes a National Guide as well. They may be paid by the Tour Operator who planned the trip or sometimes a Travel Agent who put the trip together. A professional Tour Leader typically will lead about a dozen trips a year.
A tour leader is some one accompanying the whole tour. He/she may not introduce the detailed sceneries or sights, but take general care of accommodation, transportation between locations and communication with tour guides in each stop. 
The Tour Leader (the person who accompanies the group to the sites) has a different professional license. They are with you throughout the whole trip and lead the group,  giving them general information on the countries and cities/towns visited. They will help you with general guidance around a city/village, and give you information on the place visited on the bus, but they are not required to have specific knowledge on art architecture and history. They are not allowed to give a guided tour of the place once there and if caught doing so, they will be fined.
If the Tour Leader also has a license for Tour Guide, they can combine the two jobs by accompanying the tour to the place, giving general assistance and also a guided tour.

JOURNAL - Kajian Keberkesanan kaedah Pengajaran Pembelajaran Kooperatif


KAJIAN KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN PEMBELAJARAN KOPERATIF DI DALAM MODUL PEMANDU PELANCONGAN BANDAR (SIJIL MODULAR KEBANGSAAN [SMK] PENGENDALIAN PELANCONGAN)

Zakina Izienty Zainal
Budi Alfahmi Mohd Zaid

Kolej Komuniti Sungai Siput



Abstrak

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah pengajaran pembelajaran koperatif ke atas pelajar-pelajar Sijil Modular Kebangsaan (SMK) Pengendalian Pelancongan peringkat Modul Pemandu Pelancongan Bandar (SPP 1) bagi menyelesaikan masalah dalam memahami kandungan pelajaran, seterusnya meningkatkan minat serta membina tahap keyakinan pelajar. Seramai 18 orang pelajar telah dilibatkan di dalam kajian tindakan ini. Hasil tinjauan awal yang telah dilaksanakan melalui ujian teori dan ujian amali di dalam kelas mendapati keputusan terdahulu yang diperolehi oleh para pelajar berada di tahap yang agak membimbangkan. Maka fokus kajian ini adalah untuk mengatasi masalah tersebut dengan memperkenalkan kaedah alternatif bagi membolehkan para pelajar memahami topik yang diajar serta menguasai kemahiran yang terkandung di dalam mata pelajaran tersebut dengan lebih berkesan. Kajian meliputi aspek aras pengetahuan, aras kefahaman, tahap motivasi dan rumusan aspek-aspek tersebut. Maka kaedah pengajaran pembelajaran secara koperatif telah dilaksanakan dan didapati perbandingan keputusan di antara Ujian Pra-Tindakan dan Pasca-Tindakan ke atas 18 orang pelajar ini telah meningkat secara relatif. Selain itu, hasil dapatan daripada soal selidik dan sesi temubual yang turut dijalankan mendapati pelajar juga menunjukkan kecenderungan serta minat terhadap kaedah pengajaran pembelajaran tersebut berbanding dengan kaedah berpusatkan pensyarah. Justeru itu, kaedah pengajaran pembelajaran secara koperatif ini mampu dilihat sebagai salah satu kaedah pengajaran pembelajaran yang efektif dan harus dilaksanakan di dalam sesi P&P (Pembelajaran dan Pengajaran) secara lebih meluas khususnya di dalam program Sijil Modular Kebangsaan Kolej Komuniti.


I.              PENGENALAN

Kewujudan Kolej Komuniti sebagai laluan alternatif kepada para lepasan menengah telah berjaya membuka ruang yang sebelum ini tertutup kepada lepasan menengah yang tidak berjaya menempatkan diri masing-masing di dalam arus akademik perdana hasil dari keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang tidak memberangsangkan ataupun gagal dalam subjek-subjek utama. Kurikulum Sijil Modular Kebangsaan yang diperkenalkan pada tahun 2010 yang menitikberatkan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Tindakan (Action Oriented Learning) berbanding teori semata-mata amat membantu para pelajar Kolej Komuniti bagi memahami isi kandungan matapelajaran seterusnya menguasai kemahiran-kemahiran asas tertentu di dalam bidang pilihan masing-masing dengan mengambil kira situasi kerja sebenar. Salah satu pendekatan yang sesuai adalah pembelajaran secara berkumpulan atau pembelajaran koperatif. Pendekatan ini mempunyai kelebihan kerana mereka lebih berpeluang untuk memberikan idea, berbincang dan berinteraksi satu sama lain dan belajar melalui pengalaman mereka sendiri. Pendekatan ini merupakan satu inovasi dalam strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar. Di peringkat ini, pelajar-pelajar diajar dan diterapkan nilai pembelajaran kendiri dan berdikari agar mereka mampu untuk bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka.


II.            PERMASALAHAN MELALUI REFLEKSI

Walaubagaimanapun, berdasarkan pemerhatian terdahulu, kaedah pembelajaran berpusatkan pensyarah yang lebih menitkberatkan pembelajaran dan pemahaman secara individu ternyata menjadikan para pelajar lebih sukar untuk menerima isi kandungan pelajaran apatah lagi untuk memahami serta mengaplikasi pengetahuan yang telah diperolehi. Di antara faktor-faktor yang telah dikenapasti sebagai pendorong kepada permasalahan ini adalah:

i.         Modul matapelajaran yang tidak menitikberatkan/mengaplikasikan konsep kerja berpasukan dalam kalangan pelajar.

ii.       Sikap pelajar yang cenderung kepada individualistik berbanding kerja berpasukan.

iii.      Modul yang diajar terlalu padat sehingga timbul kekangan masa untuk melaksanakan kaedah pengajaran pembelajaran koperatif.

iv.     Pensyarah kurang arif/sumber rujukan bagi mengaplikasi kaedah pengajaran pembelajaran koperatif ini di dalam kelas.

v.       Pelajar kurang berpengetahuan/hampir tidak mempunyai pengalaman dalam menggunakan kaedah pembelajaran koperatif.


III.          SOROTAN KAJIAN

a.      Latar Belakang Kajian

Pengajaran dan pembelajaran secara koperatif adalah strategi pengajaran dalam kumpulan kecil yang terdiri dari 4-5 orang pelajar setiap kumpulan dengan penumpuan diberikan terhadap saling bergantungan dalam kalangan ahli-ahlinya dengan mengekalkan tanggungjawab individu (Johnson, 1994). Masalah pembelajaran pelajar umumnya dikelaskan kepada tiga kriteria utama iaitu kognitif, afektif dan tingkahlaku. Mercer & Mercer (1998) menyatakan antara kriteria kognitif adalah terdiri daripada pencapaian akademik yang rendah dan masalah penumpuan dalam pelajaran, kriteria afektif pula kemahiran interaksi yang lemah dan bermotivasi rendah manakala tingkah laku merujuk kepada kesukaran menyesuaikan diri dan menyisihkan diri.

b.      Kepentingan Kajian

Berdasarkan pemerhatian sepanjang tempoh pelaksanaan program Sijil Modular Kebangsaan, di dapati pelajar-pelajar masih terikut-ikut akan kaedah pembelajaran berpusatkan guru yang mereka perolehi ketika di bangku sekolah di mana corak pembelajaran secara individu menyebabkan mereka langsung/hampir tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman tentang konsep kerja berpasukan, tidak mempunyai kecenderungan untuk bekerjasama di antara satu sama lain serta tidak mampu untuk bersatu padu di dalam satu kumpulan dalam menyelesaikan tugasan yang diberi. Para pelajar dilihat lebih cenderung untuk bersifat individualistik dan mementingkan diri masing-masing. Justeru itu, keberkesanan pembelajaran isi kandungan matapelajaran baik dari aspek teori mahupun amali ternyata tidak berada pada tahap yang memuaskan sekaligus menjejaskan prestasi penilaian berterusan serta penilaian akhir di hujung tempoh sesuatu modul. Maka, kajian ini memiliki kepentingan untuk mengenalpasti sejauh mana strategi pengajaran dan pembelajaran secara koperatif dalam modul Pemandu Pelancongan Bandar (SPP 1) ini mampu menarik lebih minat pelajar dan menghasilkan pembelajaran yang berkesan.


c.      Persoalan Kajian

i.         Apakah tahap aras pengetahuan pelajar semasa mempelajari modul Pemandu Pelancongan Bandar (SPP1)?

ii.       Apakah tahap aras kefahaman pelajar setelah mempelajari modul Pemandu Pelancongan Bandar (SPP1)?

iii.      Sejauh manakah tahap motivasi pelajar semasa mempelajari modul Pemandu Pelancongan Bandar (SPP1) menggunakan kaedah koperatif?

iv.     Adakah kaedah koperatif lebih berkesan untuk menarik minat pelajar berbanding kaedah berpusatkan pensyarah?


IV.          FOKUS KAJIAN

Mengikut pemerhatian beberapa pengkaji, pelajar-pelajar yang aktif akan menghasilkan suasana pembelajaran yang tidak membosankan. Menurut Rogers dan Freiberg (1994), para pelajar lebih suka pengajaran yang tidak terlalu formal dan kaedah pembelajaran koperatif memenuhi syarat ini. Kaedah koperatif menggalakkan para pelajar mengajar sesama sendiri dan pelajar juga sebenarnya ingin berkongsi pendapat dengan pensyarah dan rakan-rakan. Pelajar juga mampu membina persahabatan apabila bekerja secara kumpulan. Mereka belajar berkongsi, memberi dan mendapat bantuan dan mendengar pendapat rakan mereka. Maka, fokus kajian adalah untuk melihat keberkesanan kaedah pengajaran pembelajaran secara koperatif dalam menilai “kebestarian” seseorang pelajar yang bukan sekadar bergantung kepada kemampuan pelajar itu meluahkan kembali apa yang telah dipelajari malah mampu untuk menggunakan kepelbagaian idea rakan sebaya bagi menjana pemikiran dan mencipta ide baru yang lebih kreatif dan inovatif.


V.            OBJEKTIF KAJIAN

a.      Objektif Am

Kajian adalah bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran pelajar melalui kaedah pengajaran pembelajaran koperatif.

b.      Objektif Khusus

i.         Mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar dalam modul Pemandu Pelancongan Bandar.

ii.       Mengkaji tahap kefahaman pelajar semasa mempelajari modul Pemandu Pelancongan Bandar.

iii.      Mengetahui tahap motivasi pelajar semasa mempelajari modul Pemandu Pelancongan Bandar menggunakan kaedah pembelajaran koperatif.

iv.     Mengetahui keberkesanan kaedah koperatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

v.       Meningkatkan kesediaan pensyarah untuk menguasai teknik pengajaran pembelajaran koperatif dengan lebih baik.


VI.          KUMPULAN SASARAN

Responden terdiri daripada 18 orang pelajar Sijil Modular Kebangsaan (SMK) Pengendalian Pelancongan peringkat Modul Pemandu Pelancongan Bandar (SPP1) yang memperolehi keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sederhana/kurang memuaskan. Mereka terdiri dari 7 orang pelajar lelaki dan 11 orang pelajar perempuan yang berumur dalam lingkungan 18-21 tahun.


VII.        PELAKSANAAN KAJIAN

a.      Rancangan Tindakan

Kaedah pembelajaran koperatif mengambil kira aspek kognitif, tingkahlaku, emosi dan sosial pelajar. Dengan itu, pensyarah harus menerangkan prosedur tertentu untuk mengendalikan kumpulan masing-masing. Justeru itu, kaedah koperatif ini telah dilaksanakan di dalam proses P&P yang terlibat berdasarkan langkah-langkah berikut:

Langkah Pertama: Positive Interdependence (Sumbangsaran Positif)
-          Setiap ahli kumpulan diminta untuk menyumbangkan idea atau usaha bagi menjayakan gerakerja kumpulan.
-          Setiap ahli kumpulan mempunyai penglibatan yang unik atau peranan masing-masing bagi kumpulan tersebut.

Langkah Kedua: Face to Face Interaction (Interaksi Bersemuka)
-          Menerangkan penyelesaian masalah secara lisan.
-          Mengajar ahli kumpulan yang lain tentang pengetahuan yang ada.
-          Menilai pemahaman antara satu sama lain.
-          Berbincang tentang konsep yang telah dipelajari.
-          Menghubungkait tentang pembelajaran yang lalu dan terkini.

Langkah Ketiga: Individual & Group Assessment (Penilaian Individu & Kumpulan)
-          Mengekalkan saiz kumpulan yang kecil untuk menggalakkan penglibatan individu yang lebih aktif/positif di dalam kumpulan tersebut.
-          Memberi ujian kepada setiap pelajar.
-          Memilih pelajar secara rawak untuk membuat pembentangan di dalam kumpulan.
-          Memantau setiap kumpulan dan merekod setiap pelajar yang memberi sumbangan atau melibatkan diri secara aktif.
-          Melantik seorang pelajar dari setiap kumpulan sebagai pemeriksa yang akan meminta ahli kumpulan lain untuk menyatakan jawapan dan alasan bagi setiap jawapan yang diberikan.
-          Meminta pelajar mengajar pelajar-pelajar lain di dalam kelas.

Langkah Keempat: Interpersonal & Small-Group Skills (Kemahiran Interpersonal & Kumpulan Kecil)
-          Kemahiran sosial yang diterapkan melalui:
(a)               Kepimpinan
(b)               Membuat keputusan
(c)               Membina kepercayaan
(d)               Komunikasi
(e)               Kemahiran pengurusan konflik

Langkah Kelima: Group Processing (Proses Berkumpulan)
-          Ahli kumpulan berbincang bagaimana kejayaan dapat dicapai melalui kerjasama yang efektif dalam kumpulan.
-          Menyatakan bagaimana tindakan ahli kumpulan yang dapat membantu dan tidak membantu.
-          Membuat keputusan tentang perkara-perkara yang perlu dikekalkan atau diubah.

b.      Pelaksanaan Tindakan

i.         Rekabentuk

Rekabentuk kajian menggunakan ujian-pra serta ujian-pasca yang mengandungi 10 soalan. Kaji selidik turut ditadbir ke atas kumpulan sasaran yang sama.

ii.       Tempoh

Kajian ini mengambil masa 6 minggu dan satu tempoh selama 10 jam diperuntukkan untuk menjalankan proses pengajaran menggunakan kaedah yang dicadangkan.

iii.      Pemantauan

Pelaksanaan cadangan kaedah di dalam sesi pengajaran dipantau oleh rakan pensyarah yang berpengalaman mengajar matapelajaran yang sama selama 1 tahun (2 semester). Pemantauan adalah berdasarkan prosedur yang telah ditetapkan dan komen/ulasan telah diberikan berdasarkan pemerhatian ketika proses pemantauan.

c.      Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan adalah seperti berikut:

i.         Ujian Pra

Ujian pra yang terdiri daripada 10 soalan untuk menguji ingatan, pengetahuan dan kefahaman pelajar tentang tajuk yang akan dipelajari. Tujuan diadakan ujian ini ialah untuk mendapatkan maklumat dan gambaran awal pencapaian pelajar dalam menguasai tajuk yang akan dipelajari.

ii.       Ujian Pasca

Ujian diberikan kepada pelajar yang berkaitan untuk mengetahui tahap pencapaian mereka di akhir sesi pengajaran yang telah dilaksanakan.

iii.      Soal Selidik

Borang soal selidik dipilih sebagai instrumen untuk mendapat data dan maklumat mengenai penggunaan kaedah koperatif dalam sesi pembelajaran. Soal selidik ini mengandungi 10 item soalan di bawah 3 kategori pelaksanaan iaitu sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan kaedah koperatif yang perlu dijawab oleh pelajar untuk mengetahui sejauh mana pelajar berminat terhadap kaedah yang dijalankan serta keberkesanannya. Item yang digunakan ialah berbentuk Skala Likert seperti Jadual 1.

Jadual 1: Pemarkahan Item (Skala Likert)
Nilai Skala
Pernyataan
1
Tidak Setuju
2
Kurang Setuju
3
Setuju
4
Sangat Setuju


VIII.      PENILAIAN DAN REFLEKSI

Data yang dikumpulkan dari instrumen kajian dianalisa dalam bentuk statistik bagi mencari frekuensi, perbandingan skor min dan sisihan piawai di antara Ujian-Pra dan Ujian- Pasca. Analisa data juga dilakukan dengan melihat pencapaian gred individu. Kadar skor markah dikategorikan seperti di dalam Jadual 2.

Jadual 2: Skor Markah Ujian-Pra & Pasca
Kadar Skor
Gred
80-100
A
60-79
B
40-59
C
20-39
D
0-19
E

Skema pemarkahan kebolehan pelajar pada peringkat awal dan akhir kajian selama 6 minggu dilihat berdasarkan skor markah yang diperolehi pelajar untuk setiap item soalan dan markah keseluruhan. Kelemahan dan kesilapan pelajar sewaktu menjawab soalan ujian dibincangkan oleh pengkaji.

Bagi soal selidik pula, data akan menunjukkan tindak balas responden terhadap persoalan kaedah yang dijalankan. Untuk memudahkan proses menganalisa data, penyelidik telah menggunakan interpretasi skor min yang dikemukakan oleh Wiersma (1995) sebagai rujukan interprestasi skor min seperti dalam Jadual 3 di bawah.








Jadual 3: Interpretasi Skor Min (diadaptasi daripada Wiersma, 1995)
Tahap Pengetahuan
Skor Min
Cemerlang
3.68 – 5.00 ke atas
Sederhana
2.34 – 3.67
Rendah
1.00 – 2.33

a.      Analisa Ujian-Pra dan Pasca

Jadual 4: Keputusan Ujian-Pra mengikut gred
Ujian
Gred
Bil. Pelajar
%
Pra
A
6
33.33
B
9
50
C
2
11.11
D
1
5.56
E
0
0
Jumlah

18
100

Jadual 5: Statistik Ujian-Pra
Ujian
Kadar Skala
Frekuensi (f)
%
Pra
Tinggi
6
33.33
Sederhana
9
50
Rendah
3
16.67

Jadual-jadual di atas menunjukkan kadar responden menjawab soalan Ujian-Pra digunakan bagi menjawab Persoalan Kajian 1 yang menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pelajar berada di tahap sederhana sebelum kaedah koperatif dimulakan. Skor min bagi ujian ini adalah 68.33.

Bahagian Ujian-Pasca pula digunakan untuk menjawab Persoalan Kajian 2 yang ditadbir selepas sesi pengajaran menggunakan kaedah koperatif.

Jadual 6: Keputusan Ujian-Pasca mengikut gred
Ujian
Gred
Bil. Pelajar
%
Pasca
A
16
88.89
B
2
11.11
C
0
0
D
0
0
E
0
0
Jumlah

18
100


Jadual 7: Statistik Ujian-Pasca
Ujian
Kadar Skala
Frekuensi (f)
%
Pasca
Tinggi
16
88.89
Sederhana
2
11.11
Rendah
0
0

Berdasarkan Jadual 7, didapati pencapaian pelajar di tahap tinggi dan rendah meningkat yang membuktikan keberkesanan kaedah koperatif yang dipraktikkan di dalam sesi pembelajaran melalui peningkatan tahap kefahaman pelajar. Skor min bagi ujian ini adalah 87.78.

Jadual 8: Analisa Perbandingan Skor Min
Analisa
Ujian-Pra
Ujian-Pasca
Skor Min
Min
68.33
87.78
19.45
Sisihan Piawai
14.64
11.39
(3.25)

Dapatan perbandingan Ujian Pra dan Pasca telah menunjukkan peningkatan min pencapaian ujian. Tahap peningkatan min ujian boleh diinterpretasikan berdasarkan Jadual 3 dan berada di tahap Cemerlang.

b.      Analisa Soal Selidik

Soal selidik telah ditadbir berdasarkan 10 item di bawah 3 kategori pelaksanaan iaitu sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan kaedah koperatif untuk menjawab Persoalan Kajian 3 dan 4 iaitu menilai tahap motivasi pelajar semasa mengikuti sesi pembelajaran yang menggunakan kaedah koperatif dan menilai pandangan pelajar samada kaedah koperatif lebih berkesan untuk menarik minat mereka berbanding kaedah berpusatkan pensyarah.














Jadual 9: Dapatan Soal Selidik mengikut peratus
Peringkat
Skala Likert
Item
1
2
3
4
Peringkat Sebelum (%)
a.
-
11.11
55.56
33.33
b.
-
11.11
55.56
33.33
c.
-
33.33
27.78
38.89
Peringkat Semasa (%)
a.
5.56
5.56
33.33
55.55
b.
5.56
5.56
33.33
55.55
c.
-
5.56
44.44
50
Peringkat Selepas (%)
a.
11.11
5.56
38.89
44.44
b.
11.11
33.33
27.78
27.78
c.
5.56
11.11
44.44
38.89
d.
-
5.56
33.33
61.11

Berdasarkan Jadual 9, data soal selidik menunjukkan bahawa sejumlah 17 orang responden (94%) bersetuju bahawa kaedah koperatif memudahkan mereka memahami topik yang diajar, diikuti oleh 16 orang responden (89%) bersetuju bahawa kaedah ini menyeronokkan. Walaubagaimanapun, terdapat sejumlah 8 orang (44%) responden mempunyai persepsi bahawa kaedah pembelajaran koperatif tidak memberi impak yang jelas terhadap tahap pengetahuan mereka. Namun pada keseluruhannya, persepsi pelajar terhadap pelaksanaan kaedah ini adalah positif berdasarkan maklumbalas yang memuaskan melebihi 80%.

c.      Refleksi Kajian

Dapatan kajian ini didapati menyokong andaian di mana kaedah koperatif yang telah  dilaksanakan dapat membantu proses pembelajaran para pelajar dengan lebih berkesan berdasarkan tahap peningkatan min ujian-pasca berbanding ujian-pra. Dapatan soal selidik pula memberi indikasi bahawa masih terdapat ruang untuk penambahbaikan terhadap mekanisme tindakan yang dilaksanakan. Secara umumnya, kaedah pengajaran pembelajaran koperatif harus dilaksanakan mengikut kesesuaian tempat serta demografi pelajar (flexible) dan tidak harus dilaksanakan berdasarkan garis panduan yang ketat (rigid). Ianya menuntut kepada kreativiti para pensyarah dalam menentukan set pembolehubah yang dapat memenuhi keperluan sesi pengajaran dan pembelajaran.


IX.         CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Kajian ini adalah terbuka kepada cadangan penambahbaikan seperti berikut:

i.         Memberi pendedahan berterusan tentang kaedah pengajaran pembelajaran koperatif kepada para pensyarah dan pelajar.

ii.       Menggunakan pendekatan mentor-mentee bagi proses pelaksanaan dan pemantauan kaedah pengajaran pembelajaran koperatif di dalam kelas.

iii.      Mengkaji dengan lebih mendalam keberkesanan kaedah pengajaran pembelajaran koperatif untuk melihat kesesuaiannya ke atas pelajar Kolej Komuniti.

iv.     Mengkaji kesediaan para pensyarah dengan menggunakan pelajar serta pemantauan oleh pemerhati berpengalaman sebagai responden bagi menambah baik data kajian.


X.           PENUTUP

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat sejauh manakah tahap prestasi dan motivasi pelajar semasa mempelajari modul Pemandu Pelancongan Bandar (SPP1) menggunakan kaedah koperatif. Selain itu, kajian ini juga digunakan untuk mengetahui keberkesanan kaedah koperatif berbanding kaedah tradisi yang berpusatkan pensyarah. Dapatan kajian ini juga, sebenarnya memberi implikasi yang amat baik terhadap perkembangan pendidikan masa kini. Ini kerana, kaedah koperatif ini menekankan aspek penglibatan pelajar berbanding kaedah tradisi yang berpusatkan pensyarah. Melalui kaedah ini,  pelajar semakin berani memberikan idea dan pandangan serta melibatkan diri secara aktif di dalam sesi pembelajaran. Pensyarah hanya bertindak sebagai pemudah cara di dalam sesi pembelajaran menggunakan kaedah ini. Hakikatnya, kaedah koperatif ini memberi banyak kebaikan dan munafaat bukan sahaja kepada pelajar, malah ia mampu untuk meningkatkan prestasi keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran di sesebuah institusi pendidikan. Tambahan pula, kaedah koperatif ini pastinya mampu untuk  mengubah diri seseorang pelajar daripada pasif ke aktif.


XI.         BIBLIOGRAFI

Che Mansor bin Che Tom (2000). Jurnal Bestari: Koleksi Guru Johor. Jabatan Pendidikan Negeri Johor. (hlmn 48).

Chua Yan Piaw (2006). Kaedah Penyelidikan. McGraw Hill, Kuala Lumpur

Chua Yock Chuan (2001). Personaliti dan Motivasi Pelajar. Jurnal Pendidikan: PKPSM Johor. (hlmn 61-64).

Dr. Ismail Zain. Artikel: Utusan Malaysia. 28 Mac 2001. Faedah Pembelajaran Koperatif Dalam Sistem Penilaian.

Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (2011). Kurikulum Kemahiran Bermodular Kebangsaan, Versi 3. Bahagian Dasar dan Pembangunan Kurikulum. Putrajaya

Kementerian Pelajaran Malaysia (2008). Buku Manual Kajian Tindakan, Edisi 3. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Putrajaya

Mohd Majid Konting (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan (Edisi 5), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Saedah Hj. Siraj (1996). Motivasi Dalam Pendidikan. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur

Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub & Mohd.Zohir Ahmad (2007). Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd., Kuala Lumpur

Tan Aik Seong & Sabeha Abu Bakar (1998). Pengajaran dan Pembelajaran Yang Berkesan: Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. (hlmn. 83-87).