LA 02 : PROSES
LAWATAN
PROSES LAWATAN MELIBATKAN :
02.01 : PRAKTIS
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
02.02 : URUS
KEBERANGKATAN KUMPULAN PELANCONG
02.03 : URUS
AKTIVITI LAWATAN
02.04 : URUS
OPTIONAL TOUR
02.01 : PRAKTIS KESELAMATAN DAN KESIHATAN
(1) Memastikan
semua pelancong mengambil insurans perjalanan ke luar negara.
Insurans
perjalanan adalah skim perlindungan yang disediakan untuk pelancong sewaktu
melancong dimana ia merangkumi:
-
perbelanjaan
perubatan
-
bayaran
hospital
-
pembedahan
-
pengangkutan
ambulans
-
Medical evacuation (penggunaan perubatan / peralatan di
dalam ambulans /helikopter /kapal terbang)
-
Kemalangan
yang melibatkan kematian
-
Pengebumian
-
Kecurian,
kehilangan atau kerosakan barangan / harta peribadi ( contoh: wang atau
passport)
-
Pembatalan
perjalanan
(2) Menasihati
/ mengingatkan pelancong sekiranya mereka
dalam perubatan dan perlu membawa ubat
bersama, pastikan
mereka mendapat preskripsi dan nasihat
dari doktor terlebih
dahulu sebelum pergi melancong.
(3) Meminta
atau mengingatkan para pelancong supaya mengambil suntikan vaksin / imunisasi (bagi
negara-negara yang mewajibkan suntikan tersebut). Diantaranya:
(i) Vaksin HNIG (Human Normal Immunoglobin) – vaksin
mandatori yang diperlukan bila melawat
negara-negara
yang mempunyai wabak demam kuning seperti
Afrika,
Amerika Selatan dan Asia .
(ii) Vaksin Meningitis – wajib diambil oleh para
jemaah haji.
Dapat mencegah dari penyakit
radang selaput otak.
(iii) Vaksin Influenza – perlu diambil oleh semua
pelancong
yang
ingin ke luar negara.
(4) Membuat
research atau menyelidik dimanakah
hospital/klinik/pusat kesihatan yang berhampiran dengan destinasi yang ingin
kita tujui sekiranya berlaku kecemasan.
(5) Membawa
bersama dokumen atau kit-kit penting iaitu:
} No. telefon kedutaan
} No.
telefon talian kecemasan / pihak berkuasa tempatan destinasi yang ditujui
} No. telefon Operator Pelancongan
destinasi yang ditujui
(contoh:
hotel,tempat lawatan,syarikat
penerbangan,restoran
dan lain-lain perkhidmatan
pelancongan)
} No. telefon Operator Pelancongan (option / backup)
}
No. telefon waris/keluarga
pelancong sekiranya berlaku
kecemasan
} First
aid kit (peti pertolongan cemas) secara amnya
mengandungi:
-
ubat-ubat
am
-
thermometer
/ alat jangka suhu
-
pencegah
serangga
-
rawatan
bagi gigitan serangga
-
penitis
mata
-
krim
pelindung matahari dan pelembap bibir
-
tablet
untuk sakit perut
-
plaster
luka / perawat lekat
-
antiseptic
-
ubat
penghilang kesakitan dan ubat batuk, selsema dan sinus
-
ubat
pencegah cirit birit
-
krim
sanitasi tangan
-
gunting
/ tweezer / penggunting kuku / jarum peniti / pin dan sebagainya
(6)
Mengingatkan
atau memberi amaran kepada kumpulan pelancong supaya sentiasa berwaspada dengan
keadaan sekeliling contohnya penyeluk saku, peragut atau perompak.
(7)
Meminta
dan mengingatkan pelancong supaya tidak membawa bersama barang-barang berharga
seperti perhiasan emas dan sebagainya ketika melancong.
(8)
Menasihati
dan mengingatkan pelancong tentang polisi pemeriksaan di lapangan terbang.
Contohnya :barang-barang yang boleh dibawa dan barang-barang yang tidak boleh
dibawa ketika melancong.
(9)
Meminta
semua pelancong memberitahu/melaporkan kepada Ketua Rombongan dengan segera sekiranya
berlaku masalah atau hal kecemasan sepanjang lawatan.
(10)
Mengingatkan
pelancong supaya menjaga kesihatan dan mengambil langkah penjagaan kesihatan
semasa lawatan bagi mengelakkan mereka dari jatuh sakit. Contohnya: mamakai
pakaian yang sesuai dengan keadaan iklim, sentiasa mencuci tangan, makan makanan
yang bersih dan sebagainya.
(11)
Sekiranya
destinasi yang ditujui mengalami cuaca panas seperti negara-negara tropika,
nasihatkan mereka memakai krim pelindung matahari bagi mengelakkan selaran
kulit dan minum air yang banyak.
(12)
Meminta
pelancong supaya sentiasa:
} berada
di dalam kumpulan
} mendengar
dan mematuhi arahan yang diberikan
(13)
Menyimpan
semua passport dan pas pelepasan pelancong sepanjang lawatan dijalankan. Ketua
Rombongan boleh menyerahkan passport kepada pihak hotel untuk disimpan di dalam
peti simpanan yang berkunci. Ini bertujuan untuk mengelakkan masalah pelancong
kehilangan passport semasa lawatan di sana .
(14)
Beri
nombor telefon serta alamat hotel penginapan kepada semua pelancong sekiranya
mereka tersesat semasa lawatan dijalankan.
(15)
Membawa wang kontigensi atau traveler’s cheques yang
disediakan
oleh syarikat agensi untuk sebarang kecemasan
atau perbelanjaan semasa
lawatan.
(16) Menyediakan
Booklet perjalanan atau buku
panduan/tips perjalanan (sediakan salinan untuk diedarkan kepada pelancong)
tentang:
-
Maklumat
tukaran wang asing
-
Maklumat
tentang cuaca
-
Maklumat
tentang pakaian yang sesuai
-
Itinerary / jadual perjalanan
-
Jadual
waktu solat
-
Berat
bagasi yang dibenarkan
-
Dan
informasi yang berkaitan
(17) Membawa
buku terjemahan bahasa asing atau language
translation booklet supaya memudahkan urusan komunikasi.
No comments:
Post a Comment