5 Mar 2013

SOALAN PRAKTIKAL AKHIR

Kepada semua pelajar SMK3 (Ketua Rombongan), sila sediakan skrip/teks komentar bagi aktiviti lawatan ke Kuala Lumpur bertarikh 28 Feb - 1 Mac 2013. Skrip komentar anda adalah berdasarkan lawatan ke:
(i) Muzium Orang Asli, Gombak
(ii) Muzium Automobil, Sepang
(iii) LCCT
(iv) KLIA
Skrip anda haruslah jelas, mudah difahami dan menarik.
Sila siapkan tugasan anda sebelum atau selewat-lewatnya pada hari Jumaat (8 Mac 2013) untuk semakan dan pemarkahan. Jawapan anda hendaklah dicetak dan dikepilkan bersaman dengan kertas soalan yang telah diedarkan.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi saya atau datang berjumpa saya di bilik pensyarah.
TERIMA KASIH.... :)

11 comments:

  1. ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA. NAMA SAYA NUR AMALINA BT MUHD FAIZUL, SELAKU PEMANDU PELANCONG ANDA PADA HARI INI. ANDA BOLEH MEMANGGIL SAYA DENGAN PANGGILAN INA KERANA IANYA SENANG DIINGAT. HARI INI, SAYA DITEMANI OLEH 2 ORANG COACH CAPTAIN KITA IAITU EN ZAIDI DAN EN ROSLI. BERIKAN TEPUKAN UNTUK COACH CAPTAIN KITA. SAYA INGIN UCAP SELAMAT DATANG KE MALAYSIA DAN TERIMA KASIH KERANA MEMILIH MALAYSIA SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN ANDA. APA KHABAR ANDA SEMUA??SEMUA SIHAT?JIKA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG MASALAH, BOLEHLAH BERJUMPA DENGAN SAYA. SEKARANG, SAYA AKAN MENERANGKAN SERBA SEDIKIT TENTANG MALAYSIA KEPADA ANDA. MALAYSIA BERIKLIM KHATULISTIWA, PANAS DAN LEMBAP SEPANGJANG TAHUN. JADI, SAYA HARAP ANDA MEMAKAI PAKAIAN YANG SESUAI, TIDAK TERLALU TEBAL DAN TIDAK TERLALU NIPIS. SELAIN ITU, WAKTU DI MALAYSIA DAN DI TEMPAT ANDA TIDAK SAMA KERANA MALAYSIA MENGGUNAKAN GMT +8. JADI, SAYA MINTA ANDA UNTUK MENUKAR WAKTU JAM TANGAN ANDA. SELAIN ITU, DI MALAYSIA MEMPUNYAI 3 KAUM TERBESAR IAITU MELAYU, CINA DAN INDIA. TERDAPAT JUGA KAUM LAIN, SEPERTI KAUM IBAN, BIDAYUH, KADAZANDUSSUN DAN SEBAGAINYA. DAN AGAMA RASMI DI MALAYSIA IALAH AGAMA ISLAM, TAPI AGAMA LAIN BEBAS UNTUK DIANUTI. DI MALAYSIA JUGA TERDAPAT PELBAGAI JENIS MAKANAN ANTARA NASI LEMAK,CAPATI,YONG TAU FU,NASI AMBENG DAN SEBAGAINYA. SEPERTI YANG ANDA TAHU, MALAYSIA MERUPAKAN NEGARA YANG MEMPUNYAI BERBILANG KAUM DAN KEPERCAYAAN. OLEH ITU, PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KE-6 IAITU DATUK SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK MEMBERI SLOGAN KEPADA MALAYSIA IAITU “ 1 MALAYSIA “.
    BAIKLAH, LAWATAN PERTAMA KITA IALAH LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR ATAU LEBIH DIKENALI KLIA. IANYA DIILHAMKAN OLEH BEKAS PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KE-4 IAITU TUN DR MAHATHIR MOHAMAD. IANYA DIBINA PADA TAHUN 1998 DAN DIRASMIKAN OLEH TUN DR MAHATHIR PADA TAHUN 2003. LAPANGAN TERBANG MEMPUNYAI KONSEPNYA YANG TERSENDIRI IAITU “ LAPANGAN TERBANG DALAM HUTAN DAN HUTAN DALAM LAPANGAN TERBANG “. INI KERANA PADA KETIKA DAHULU, TAPAK LAPANGAN TERBANG TERSEBUT MERUPAKAN LADANG KELAPA SAWIT. KEADAAN INI DAPAT MEMBERI KETENANGAN KEPADA PENUMPANG DAN MEMPERKENALKAN SUASANA HUTAN MALAYSIA KEPADA PELANCONG LUAR NEGARA. LAPANGAN TERBANG INI JUGA MERUPAKAN LAPANGAN TERBANG UTAMA DI MALAYSIA DAN MERUPAKAN YANG TERBESAR DI NEGARA INI. KOD BAGI LAPANGAN TERBANG INI IALAH KUL. INI KERANA IANYA DIAMBIL DARIPADA LAPANGAN TERBANG UTAMA MALAYSIA YANG DAHULUNYA LAPANGAN TERBANG SUBANG. SELAIN ITU, LAPANGAN TERBANG INI JUGA DIURUSKAN OLEH MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD (MAHB) DAN JABATAN PENERBANGAN AWAM MALAYSIA. KLIA JUGA MERUPAKAN HAB UTAMA BAGI MALAYSIA AIRLINES, MASKARGO, AIRASIA DAN AIRASIA X. KLIA JUGA MERUPAKAN PERHENTIAN UNTUK “ LALUAN KANGGARU” BAGI MALAYSIA AIRLINES. SLOGAN LAPANGAN TERBANG INI IALAH “MEMBAWA DUNIA KE MALAYSIA DAN MALAYSIA KE DUNIA”.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Mesra dan Salam Satu Malaysia. Saya Fatin Nabila Huda Binti Muhamad Zamri merupakan Pemandu Pelancong tuan-tuan dan puan-puan sepanjang aktiviti lawatan kita ini. Untuk lebih mesra lagi tuan-tuan dan puan-puan bolehlah memanggil saya dengan panggilan Nabila, kerana ianya lebih mudah diingati. Hari ini saya tidak keseorangan, saya ditemani oleh dua orang coach captain kita iaitu Encik Rosli dan Encik Zaidi. Kita berada di coach yang didaftarkan atas nombor WNR9805. Diingatkan disini supaya tuan-tuan dan puan-puan mencatit serta mengingati no pendaftaran coach ini. Setibanya kita di Kuala Lumpur, tempat pertama yang akan kita lawati ialah Muzium Orang Asli. Muzium ini bermula pada tahun 1987 di sebuah bangunan kayu yang merupakan dahulu merupakan rumah kediaman rasmi bekas ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Kemudian pada tahun 1995 pihak JHEOA telah membina muzium baru bagi menggantikan muzium lama. Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan Orang. Selepas itu kita akan bergerak ke Muzium Automobil Nasional. Dahulu muzium ini dikenali dengan nama Muzium Automotif. Muzium ini dibina khas bagi mempamerkan pengeluaran kereta nasional. Di tingkat bawah muzium ini tuan-tuan dan puan-puan dapat melihat sejarah perkembangan sistem pengangkutan di Malaysia dan kemasukan kereta-kereta terawal. Di tinggkat satu pula muzium ini mempamerkan paparan industri permotoran di Malaysia secara umum, di mana mengetahui syarikat-syarikat tempatan yang menyumbang dalam memajukan industri ini termsuklah DRB-Hicom, PROTON, BUFORI, MODENAS dan PERODUA. Selepas itu kita akan meneruskan lawatan ke Low Cost Carrier Terminal (LCCT), LCCT adalah Terminal Penerbangan Tambang Murah dan telah dibina untuk kemudahan para penumpang Syarikat Penerbangan Tambang Murah Malaysia khususnya, Air Asia. Mula beroperasi pada tahun 2006. Direka untuk memudahkan pergerakan penumpang antarabangsa dan domestik berlepas dan ketibaan. Terminal ini diuruskan dan dikendalikan oleh Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd. Lawatan terakhir kita ialah kita akan ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA) yang merupakan lapangan terbang yang terbesar dan tercanggih di Asia Tenggara. Antara hab penerbangan yang berada di KLIA ialah Malaysia Airlines, MASkargo, AirAsia dan AirAsia X.Lapangan ini juga merupakan lapangan terbang utama di Malaysia.Terletak di daerah Sepang, Selangor dan hampir 50 kilometer dari ibu negara, Kuala Lumpur. KLIA ini di uruskan oleh Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB). Slogan lapangan terbang ini ialah "Membawa Dunia Ke Malaysia Dan Malaysia Ke Dunia". Manakala konsep lapangan terbang ini ialah "lapangan terbang dalam hutan dan hutan dalam lapangan terbang". Lapangan terbang ini dibina berdasarkan ilham oleh Tun Dr Mahathir bin Mohamad iaitu bekas perdana menteri Malaysia yang keempat. Sekian saja info yang dapat saya kongsikan bersama tuan-tuan dan puan. Sekarang saya akan tinggalkan tuan-tuan dan puan-puan untuk berehat sementara kita tiba di tempat lawatan kita.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia,saya Muzzammil Bin Azman selaku pemandu pelancong anda semua pada lawatan kita kali ini,tuan tuan dan puan puan boleh panggil saya dengan nama kerja saya iaitu Amir.Hari ini saya tidak keseorang saya ditemani oleh dua orang Coach Captain iaitu En zaidi dan En rosli,untuk pengetahuan semua nombor pendaftaran coach yang sedang kita naiki ini ialah WNR 9805 diminta kerjasama tuan tuan dan puan puan untuk mencatat atau mengingati nombor cocah ini agar tidak berlaku sebarang kekeliruan ini kerana bas bas persiaran di Malaysia warna dan bentuknya seakan sama iaitu hijau dan putih.Sekarang kita dalam perjalanan ke Muzium Orang Asli,Gombak. Dimana Muzium ini dahulunya pada tahun 1987 merupakan bangunan kayu yang lama yang merupakan kediaman Bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli,dan pada tahun 1995 Bangunan kayu itu dijadikan Muzium baru dan dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Bin Mohamad,selepas itu pada tahun 2000, Muzium Baru ini dijadikan pejabat ,serta dibina satu lagi Bangunan untuk Dijadikan Muzium Orang Asli. Dan selepas itu Kita akan bertolak ke Restoran Mee Tarik Warisan yang terletak Tasik Selatan disana menu paling istimewa ialah mee tarik,tuan tuan dan puan puan berpeluang melihat cara cara membuat Mee Tarik ini ,untuk pengetahuan semua pemilik Restoran Mee Tarik Warisan ini adalah berbangsa China. Selepas itu kita akan bergerak ke Muzium Automobil yang terletak di Sepang ,Muzium ini di bawah Jabatan Muzium Malaysia,Muzium ini juga telah disewa pada Litar Sepang untuk dijadikan Muzium. Selepas itu bergerak ke LCCT ataupun Lapangan Terbang Tambang Murah yang terletak berhampiran dengan KLIA ia hanya untuk menampung penumpang yang kian meningkat di KLIA ia dibina pada Jun 2005 ia memakan kos hampir RM108 juta,luas tapak Terminal ini35,290 meter persegi,di LCCT tiada kemudahan transittidak disediakan di LCCT,jika ada penumpang yang ingin membuat transit tuan tuan dan puan puan perlulah melalui pemeriksaan imigresen dan menuntut bagasi mereka seterusnya melalui pemeriksaan kastam.LCCT dihubungkan dengan Bangunan Terminal Utama melalui bas nadiKLIA yang berkod Hijau dengan tambang RM1.50.Dan seterusnya kita akan bergerak ke KLIA iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur iaitu salah satu Lapangan Terbang yang terbesar dan tercanggih di Asia Tenggara ,Lapangan Terbang ini adalah Lapangan Terbang utama di Malaysia,ia dibina dengan kos mencecah RM3.5 Bilion,ia dapat menampung seramai 35 Juta penumpang setahun dan 1.2 juta tan metric kargo dalam fasa pembinaannya.Lapangan Terbang ini idea daripada Tun Dr Mahathir Bin Mohamad iaitu Bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke 4 ,Lapangan Terbang ini berkonsepkan Lapangan Didalam Hutan dan Hutan didalam Lapangan.KLIA ini juga menggunakan Slogan iaitu”Membawa Dunia Ke Malaysia dan Malaysia Ke Dunia”.Lapangan terbang ini diuruskan oleh Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB).pengarahnya ketika itu ialah Tuan Amir Hisyam Bin Mohd Ariff dan Timbalannya ialah Encik Alwi Bin Watinin.Untuk pengetahuan tuan tuan dan puan puan terdapat pelbagai kemudahan yang tersedia di Lapangan Terbang ini antaranya tandas ,surau tempat makan ,kedai menjual cenderahati,menjuak coklat dan sebagainya,baiklah tuan tuan dan puan puan saya ingin membiarkan tuan tuan dan puan puan untuk berehat sebelum kita sampai di tempat lawatan kita nanti,Sekian Terima Kasih.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,salam sejahtera,salam mesra dan salam satu Malaysia. Saya Nurul Najwa Binti Abu Bakar selaku ketua pemandu pelancong tuan-tuan dan puan-puan. Bersama dengan saya dua orang koc kapten iaitu En Zaidi dan En Rosli. Di sini saya ingin memperingatkan tuan-tuan dan puan-puan untuk mengambil nombor koc iaitu WNR 9805, tujuan saya meminta tuan-tuan dan puan-puan mengambil nombor tersebut, ini kerana bas persiaran yang terdapat di Malaysia adalah hampir serupa iaitu putih dan hijau. Sebelum terlambat saya ucapkan selamat datang ke Malaysia dan saya ingin menceritakan serba sedikit tentang Malaysia. Waktu di Malaysia menggunakan GMT +8 saya meminta tuan-tuan dan puan-puan untuk menukarkan waktu jam kepada waktu tempatan Malaysia.Keadaan cuaca di Malaysia panas dan lembab sepanjang tahun jadi saya harap tuan-tuan dan puan-puan memakai pakaian yang bersesuaian.Malaysia menggunakan mata wang Ringgit Malaysia (RM) jika anda ingin menukarnya bolehlah dilakukan di mana-mana pengurup wang yang berlesen dan bank-bank komersial. Agama rasmi di Malaysia adalah agama Islam namun agama lain bebas untuk di anuti, di Malaysia terdapatnya tiga kaum terbesar iaitu Melayu,India dan Cina namun terdapat juga kaum-kaum yang lain seperti Khadazan, Iban, Melanau dan sebagainya.Malaysia juga kaya dengan pelbagai perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baru Cina, krismas dan sebagainya.Disini, saya ingin menceritakan serba sedikit tempat yang akan kita lawati iaitu Muzium Orang Asli, muzium ini bermula pada tahun 1987 di sebuah bangunan kayu yang merupakan rumah kediaman rasmi bekas ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA).Kemudian pada tahun 1995 (di akhir RMK-6) pihak JHEOA telah membina muzium baru bagi menggantikan muzium lama dengan kos RM 3.5 juta. Muzium ini telah dirasmikan oleh seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan agong yang ke-11 iaitu Sultan salahuddin abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisyamuddin Alam Shah Alhaj pada 02 Mac 2000 dan dikenali dengan nama Muzium Orang Asli.Orang Asli merupakan sebahagian saripada kaum bumiputra di negara ini.Ianya terdiri daripada 3 suku bangsa iaitu Negrito, senoi, dan Melayu Asli.Cara berpakaian mereka pada awalnya berasaskan kepada kulit-kulit dan daun-daun kayu namun arus kemajuan telah mengubah cara bepakaian masyarakat Orang Asli pada masa kini. Seni ukir dan kraftangan merupakan daya kreatif dan reka cipta masyarakat. Kemudian kita akan pergi ke Muzium Automobil Nasional yang terletak di Welcom Centre Litar Antarabangsa Sepang yang mempunyai keluasan ruang pameran 7,494 kaki persegi bagi tingkat bawah dan 10,577 kaki persegi untuk tingkat satu. Malaysia mula melangkah ke bidang perindustrian berat khususnya bidang pembuatan kenderaan komersil apabila tetubuhnya Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM)tahun 1980 dan Perusahaan Automobil Nasional Berhad (PROTON) pada 1983.Misi utamanya mengeluarkan kereta nasional. Pameran kereta-kereta yang pernah digunakan di negara ini di bawah segmen kereta vintaj dan klasik termasuklah kereta Brushmobile keluaran tahun 1904, Ford Speedster tahun 1923 dan Alvis Tourer 1935.Juga mempamerkan paparan industri permotoran di Malaysia secara umum, di mana mengetahui syarikat-syarikat tempatan yang menyumbang dalam memajukan industri ini termsuklah RDB-Hicom, PROTON, BUFORI,MODENAS,dan PERODUA. Lawatan seterusnya kita akan pergi ke Low Cost Carrier Terminal (LCCT), LCCT adalah Terminal Penerbangan Tambang Murah dan telah dibina untuk kemudahan para penumpang Syarikat Penerbangan Tambang Murah Malaysia khususnya, Air Asia.Inilah serba sedikit tentang tempat yang akan kita lawati pada hari ini. Tuan-tuan dan puan-puan bolehlah berehat sambil menikmati pemandangan kiri dan kanan tuan-tuan dan puan-puan sebelum sampai ke destinasi.Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum salam sejahtera dan salam satu malaysia. nama saya adalah nur syafieqa binti mohd radzuan. tuan-tuan dan puan-puan boleh memanggil saya dengan panggilan ieka. berdiri saya disini bertemankan oleh dua orang pemandu coach kapten kita iaitu en.zaidi dan en.rusli. sebarang masalah tuan puan boleh berjumpa dengan saya. nombor bas kita adalah wnr 9805 diharap tuan puan dapat mencatit nombor bas ini, ini kerana warna bas yang terdapat di malaysia seakan sama iaitu warna hijau dan putih. terima kasih kerana memilih malaysia sebagai tempat destinasi pelancongan anda. di malaysia terdapatnya tiga kaum utama iaitu melayu cina dan india. agama rasmi di malaysia adalah agama islam.makanan yang di makan oleh kaum melayu adalah nasi kerabu dengan rendang. makanan rendang sering dimakan pada perayaan kaum melayu setelah selesai sembahyang hari raya. makanan itu juga, dihidangkan pada tetamu yang datang dari rumah ke rumah. bagi kaum cina pula, perayaannya juga disambut pada tahun baru cina dan makanan bagi kaum cina pula adalah bar kue teh. perayaan india pula adalah deepavali dan juga thaipusam yang sering di sambut di batu caves ipoh.makanan yang selalu di makan oleh kaum india pada hari perayaan adalah vadai dan minuman seperti susu masam. saya akan ceritakan serba sedikit tentang malaysia. malaysia gmt +8. cuaca di malaysia beriklimkan khatulistiwa iaitu panas dan lembap sepanjang tahun, diharap tuan puan dapat memakai pakaian yang bersesuaian semasa lawatan dijalankan. waktu di malaysia tidak sama dengan waktu di negara anda, saya harap anda dapat menukarkan waktu di malaysia ini kerana bagi memudahkan anda memulakan aktiviti semasa lawatan. di malaysia mempunyai penukaran matawang asing, jikalau tuan puan ingin membuat penukaran matawang anda boleh membuat penukaran matawang di bank-bank komersial dan pengurup wang yang berlesen serta anda juga boleh membuat penukaran di pusat membeli – belah yang mempunyai penukaran matawang. di malaysia terdapat tiga waktu kemuncak iaitu pada awal pagi semua penduduk di malaysia akan keluar bekerja,dan pada sebelah tengahari penduduk akan keluar makan tengahari dan pada sebelah petang penduduk pulang dari tempat kerja. di malaysia tuan-tuan dan puan-puan akan lihat keadaan lalu lintas sangat sesak pada awal pagi sehinggalah pada sebelah petang. di malaysia terdapat keluaran kereta yang mula-mula dikeluarkan iaitu kereta saga,waja,myvi,dan juga proton.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,salam sejahtera,salam mesra dan salam satu Malaysia. Saya Megat Shahrul Nizam Bin Megat Yunus selaku pemandu pelancong tuan-tuan dan puan-puan. Tuan-tuan dan puan-puan boleh memanggil saya dengan panggilan yang lebih mesra iaitu Megat. Bersama dengan saya dua orang koc kapten iaitu En Zaidi dan En Rosli. Di sini saya ingin memperingatkan tuan-tuan dan puan-puan untuk mengambil nombor koc iaitu WNR 9805, tujuan saya meminta tuan-tuan dan puan-puan mengambil nombor tersebut, ini kerana bas persiaran yang terdapat di Malaysia adalah hampir serupa iaitu putih dan hijau. Sebelum terlambat saya ingin mengucapkan selamat datang ke Malaysia dan saya ingin menceritakan serba sedikit tentang Malaysia. Waktu di Malaysia menggunakan GMT +8 saya meminta tuan-tuan dan puan-puan untuk menukarkan waktu jam kepada waktu tempatan Malaysia.Keadaan cuaca di Malaysia panas dan lembab sepanjang tahun jadi saya harap tuan-tuan dan puan-puan memakai pakaian yang bersesuaian.Malaysia menggunakan mata wang Ringgit Malaysia (RM) jika anda ingin menukarnya bolehlah dilakukan di mana-mana pengurup wang yang berlesen dan bank-bank komersial. Terdapat tiga waktu punca di Malaysia iaitu pada waktu pagi di mana ini adalah waktu bagi penduduk Malaysia keluar bekerja, waktu puncak yang kedua pula adalah pada waktu tengah hari dimana waktu bagi penjawat awam dan swasta untuk berehat dan waktu puncak yang ke tiga adalah pada waktu petang di mana bagi pekerja-pekerja di Malaysia pulang. Agama rasmi di Malaysia adalah agama Islam namun agama lain bebas untuk di anuti, di Malaysia terdapatnya tiga kaum terbesar iaitu Melayu,India dan Cina namun terdapat juga kaum-kaum yang lain seperti Khadazan, Iban, Melanau dan sebagainya.Malaysia juga kaya dengan pelbagai perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baru Cina, krismas dan sebagainya.Disini, saya ingin menceritakan serba sedikit tempat yang akan kita lawati iaitu Muzium Orang Asli, muzium ini bermula pada tahun 1987 di sebuah bangunan kayu yang merupakan rumah kediaman rasmi bekas ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA).Kemudian pada tahun 1995 (di akhir RMK-6) pihak JHEOA telah membina muzium baru bagi menggantikan muzium lama dengan kos RM 3.5 juta. Muzium ini telah dirasmikan oleh seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan agong yang ke-11 iaitu Sultan salahuddin abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisyamuddin Alam Shah Alhaj pada 02 Mac 2000 dan dikenali dengan nama Muzium Orang Asli.Orang Asli merupakan sebahagian daripada kaum bumiputra di negara ini.Ianya terdiri daripada 3 suku bangsa iaitu Negrito, senoi, dan Melayu Asli,tiap-tiap suku kaum ini pula di pecahkan kepada enam (6) suku kaum yang dimana bertutur dalam pelbagai bahasa selain daripada dialek Melayu tempatan.Cara berpakaian mereka pada awalnya berasaskan kepada kulit binatang dan daun-daun kayu namun arus kemajuan telah mengubah cara bepakaian masyarakat Orang Asli pada masa kini.Masyarakat Orang Ali menggunakan buluh , akar-akar, manik-manik, rotan dan bungan untuk di jadikan hiasan diri seperti anting-anting, rantai, gelang, sikat dan sebagainya.Seni ukir dan kraftangan merupakan daya kreatif dan reka cipta masyarakat Orang asli berasaskan kepada alam persekitaran dan kepercayaan mereka, terutama bidang anyaman mengkuang/pandan,bertam,buluh serta rotan.Segala ciptaan itu berasaskan kepada imaginasi dan mimpi yang menggambarkan kuasa baik atau jahat yang berkaitan dengan sistem kepercayaan dan kehidupan mereka.

    ReplyDelete
  7. Kemudian kita akan pergi ke Muzium Automobil Nasional yang terletak di Welcom Centre Litar Antarabangsa Sepang yang mempunyai keluasan ruang pameran 7,494 kaki persegi bagi tingkat bawah dan 10,577 kaki persegi untuk tingkat satu. Malaysia mula melangkah ke bidang perindustrian berat khususnya bidang pembuatan kenderaan komersil apabila tetubuhnya Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM)tahun 1980 dan Perusahaan Automobil Nasional Berhad (PROTON) pada 1983.Misi utamanya mengeluarkan kereta nasional.Di muzium ini tuan-tuan dan puan-puan dapat melihat sejarah perkembangan sistem pengangkutan di Malaysia dan kemasukan kereta-kereta terawal. Pameran kereta-kereta yang pernah digunakan di negara ini di bawah segmen kereta vintaj dan klasik termasuklah kereta Brushmobile keluaran tahun 1904, Ford Speedster tahun 1923 dan Alvis Tourer 1935.Juga mempamerkan paparan industri permotoran di Malaysia secara umum, di mana mengetahui syarikat-syarikat tempatan yang menyumbang dalam memajukan industri ini termsuklah RDB-Hicom, PROTON, BUFORI,MODENAS,dan PERODUA. Lawatan seterusnya kita akan pergi ke Low Cost Carrier Terminal (LCCT), LCCT adalah Terminal Penerbangan Tambang Murah dan telah dibina untuk kemudahan para penumpang Syarikat Penerbangan Tambang Murah Malaysia khususnya, Air Asia. Telah dibina secara fast-track pada awal Jun 2005 dan ia beroperasi sepenuhnya pada 23 Mac 2006. Direka untuk memudahkan pergerakan penumpang antarabangsa dan domestik berlepas dan ketibaan. Jumlah pembinaan dan lain-lain kos berkaitan LCC Terminal adalah kira-kira RM108 juta.Terminal ini diuruskan dan dikendalikan oleh Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd. Lawatan terakhir ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA) yang merupakan salah satu hab penerbangan yang terpenting bagi Malaysia Airlines, MASkargo, AirAsia dan AirAsia X.Lapangan ini juga merupakan lapangan terbang utama di Malaysia.Terletak di daerah Sepang, Selangor dan hampir 50 kilometer dari ibu negara, Kuala Lumpur. Pembinaan ini mencecah kos hampir AS$3.5 billion, di buka secara rasmi pada 27 Jun 1998. Pembinaan ini dapat menampung sebanyak 35 juta penumpang setahun. KLIA ini di uruskan oleh Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB). Slogan lapangan terbang ini ialah "Membawa Dunia Ke Malaysia Dan Malaysia Ke Dunia" (Bringing the World to Malaysia and Malaysia to the World). Lapangan terbang ini berkonsepkan "lapangan terbang dalam hutan dan hutan dalam lapangan terbang". Lapangan terbang ini diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir bin Mohamad iaitu bekas perdana menteri ke empat Malaysia. Inilah serba sedikit tentang tempat yang akan kita lawati pada hari ini. Tuan-tuan dan puan-puan bolehlah berehat sambil menikmati pemandangan kiri dan kanan tuan-tuan dan puan-puan sebelum kita tiba ke destinasi.Sekian, Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum salam sejahtera salam 1Malaysia.Saya Nurul Fatin sebagai pemandu pelancong anda pada hari ini.Anda boleh memanggil saya dengan panggil lebih mesra iaitu Nurul.Terima kasih kerana memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan anda.Hari ini saya di temani oleh koc kapten kita iaitu En.Zosli dan En.Zaidi.Disini saya ingin mengingatkan kepada anda untuk mengingati nombor pendaftaran koc kita kerana bas persiaran yang terdapat di Malaysia seakan akan sama warnanya.Sekarang saya igin menceritakan serba sedikit maklumat am Malaysia.Untuk pengetahaun anda Malaysia mengunakan waktu GMT + 8,sila tukarkan waktu jam anda .Seperti yang anda liaht sekarang Malaysia beriklimkan khatulistiwa iaitu panas dan lembab sepanjang tahun,di sini saya mengingatkan kepada anda untuk memakai pakaian yang bersesuaian semasa aktiviti lawatan kita.Dan untuk pengetahuan anda juga mata wang di Malaysia ialah Ringgit Malaysia.Anda boleh menukar wang di pengurup wang yang berlesen,bank komersial atau di pusat membeli belah yang berdekatan.Seperti yang anda dapat lihat keadaan lalu lintas agak sesak dimana untuk pengatahuan anda Malaysia terdapat tiga waktu kemuncak iaitu pada awal pagi dimana semua penduduk Malaysia akan keluar bekerja samada penjawat kerajaan atau penjawat swasta dan pada sebelah tengahari penduduk akan keluar makan tengahari dan pada sebelah petang penduduk pulang dari tempat kerja.Malaysia juga mempunyai keluaran kereta dan motor tersendiri contohnya proton produa serta modenas yang merupakan kebanggaan bagi Malaysia.Untuk pengetahuan anda juga di Malaysia terdapat tiga kaum terbesar iaitu Melayu Cina dan India.Dan agama rasmi di Malaysia ialah agama islam manakala agama lain bebas dianuti.Pada setiap tahun,rakyat Malaysia akan menyambut festival dan perayaan bagi setiap kaum.Untuk pengetahuan anda juga,sekarang kita berada di ibu negara bagi Malaysia iaitu Kuala Lumpur Di Semenanjung Malaysia.Malaysia mempunyai 13 buah negeri dan 3 wilayah persekutuan.Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berpalimen di bawah pentadbiran raja berpelembagaan.Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan dibantu oleh Perdana Menteri Malaysia.Sekarang kita dalam perjalanan ke tempat lawatan pertama pada hari ini,Muzium Orang Asli yang terletak di Gombak.Muzium ini siap dibina pada tahun 1998 dan rasmi dibuka pada tahun 2000.Muzium ini mengabadikan sejarah silam masyarakat orang asli.Antara pameran yang terdapat di dalam muzium ini adalah pengenalan orang asli di mana orang asli merupakan sebahagian daripada kaum bumiputera Malaysia.Untuk pengetahuan anda,orang asli terdiri daripada 3 suku bangsa iaitu Negrito,Senoi,dan Melayu Asli.Bagi tiap 3 suku bangsa ini,pula di pecahkan kepada 6 suku kaum yang mana mereka bertutur dalam pelbagai bahasa dan adat serta kepercayaan.Di dalam muzium itu juga ada mempamerkan peralatan memburu contohya seperti sumpitan buluh,panah,jerat,perangkap,bubu iaitu alatan menangkap ikan dan sebagainya.Yang uniknya peralatan ini berasakan bahan-bahan terdapat di sekeliling kehidupan mereka.Dan juga terdapat pameran adat perkhawinan orang asli serta kepercayaan mereka secara puratanya orang asli masih lagi mempercayai tentang semangat dan penunggu yang dikatakan menjadi tempat mereka meminta tolong.Perubatan mereka pula bergantung kepada bomoh dan pawing.Mereka tidak mempunyai agama.Peralatan muzik,pakaian serta seni ukir dan kraf tangan juga ada di pamerkan.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Nama saya Muhamad Adziem. Anda boleh memanggil saya Jimmy lebih mesra dan mudah di ingati. Saya merupakan pemandu pelancong anda pada hari ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan anda. Hari ini saya tidak keseorangan, saya di temani oleh koc kapten kita iaitu En.Rosli dan En.Zaidi. Disini saya ingin mengingatkan kepada anda untuk mengingati nombor pendaftaran koc kita kerana bas persiaran yang terdapat di Malaysia mempunyai bentuk dan warna yang seakan-akan sama iaitu putih dan hijau. Sekarang saya igin menceritakan serba sedikit tentang maklumat am Malaysia. Untuk pengetahuan anda, Malaysia menggunakan waktu GMT + 8,sila tukarkan waktu jam anda mengikut waktu tempatan di Malaysia supaya tidak berlaku sebarang masalah kelewatan untuk mengikuti itinerari lawatan yang telah disediakan. Malaysia beriklimkan khatulistiwa iaitu panas dan lembab sepanjang tahun, di sini saya mengingatkan kepada anda untuk memakai pakaian yang bersesuaian semasa aktiviti lawatan. Dan untuk pengetahuan anda juga mata wang di Malaysia ialah Ringgit Malaysia. Jika anda ingin membuat sebarang pertukaran wang, anda boleh membuat pertukaran di pengurup wang yang berlesen,bank komersial atau di pusat membeli belah yang berdekatan.Seperti yang anda dapat lihat keadaan lalu lintas agak sesak dimana untuk pengetahuan anda Malaysia terdapat tiga waktu kemuncak iaitu pada awal pagi dimana semua penduduk Malaysia akan keluar bekerja samada penjawat kerajaan atau penjawat swasta dan pada sebelah tengahari penduduk akan keluar makan tengahari dan pada sebelah petang penduduk pulang dari tempat kerja.Malaysia juga mempunyai keluaran kereta dan motor tersendiri contohnya PROTON,PERODUA serta MODENAS yang merupakan kebanggaan bagi Malaysia.Untuk pengetahuan anda juga di Malaysia terdapat tiga kaum terbesar iaitu Melayu Cina dan India.Dan agama rasmi di Malaysia ialah agama islam manakala agama lain bebas dianuti.Pada setiap tahun,rakyat Malaysia akan menyambut festival dan perayaan bagi setiap kaum.Untuk pengetahuan anda juga,sekarang kita berada di ibu negara bagi Malaysia iaitu Kuala Lumpur Di Semenanjung Malaysia.Malaysia mempunyai 13 buah negeri dan 3 wilayah persekutuan.Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berpalimen di bawah pentadbiran raja berpelembagaan.Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan dibantu oleh Perdana Menteri Malaysia.Sekarang kita dalam perjalanan ke tempat lawatan pertama pada hari ini,Muzium Orang Asli yang terletak di Gombak.Muzium ini siap dibina pada tahun 1998 dan rasmi dibuka pada tahun 2000.Muzium ini mengabadikan sejarah silam masyarakat orang asli.Antara pameran yang terdapat di dalam muzium ini adalah pengenalan orang asli di mana orang asli merupakan sebahagian daripada kaum bumiputera Malaysia.Untuk pengetahuan anda,orang asli terdiri daripada 3 suku bangsa iaitu Negrito,Senoi,dan Melayu Asli.Bagi tiap 3 suku bangsa ini,pula di pecahkan kepada 6 suku kaum yang mana mereka bertutur dalam pelbagai bahasa dan adat serta kepercayaan.Di dalam muzium itu juga ada mempamerkan peralatan memburu contohya seperti sumpitan buluh,panah,jerat,perangkap,bubu iaitu alatan menangkap ikan dan sebagainya.Yang uniknya peralatan ini berasakan bahan-bahan terdapat di sekeliling kehidupan mereka.Dan juga terdapat pameran adat perkhawinan orang asli serta kepercayaan mereka secara puratanya orang asli masih lagi mempercayai tentang semangat dan penunggu yang dikatakan menjadi tempat mereka meminta tolong.Perubatan mereka pula bergantung kepada bomoh dan pawing.Mereka tidak mempunyai agama.Peralatan muzik,pakaian serta seni ukir dan kraf tangan juga ada di pamerkan.

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum, salam sejahtera ,salam satu Malaysia. Saya Wan Norkhalilah Bt Wahi dan saya adalah pemandu pelancong tuan-tuan dan puan-puan .apa khabar semua .saya berharap tuan-tuan dan puan-puan sihat ,dan saya pasti yang tuan-tuan dan puan-puan semua gembira kerana ingin pulang ke tanah air, seperti pepatah mengatakan hujan emas di negeri orang , hujan batu di sendiri , betoi tak ? hari ini kita
    akan bergerak ke kuala lumpur International airport{KLIA} lebih awal 4 jam kerana bimbang jika berlakunya kesesakan lalu lintas semasa dalam perjalanan untuk ke KLIA, saya mahu tuan-tuan dan puan-puan memastikan semua dokumen penting di bawa bersama seperti passport . tiket kapal terbang dan barang petibadi , untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan had minima bagasi ialah 15 kg. bagi lebihan berat bagasi 1kg akan di caj Rm40. Tuan-tuan dan puan-puan juga dilarang membawa keluar barang-barang larangan seperti haiwan dan tumbuhan tanpa kebenaran pihak berkuasa {jabatan perhilitan perhutanan Malaysia } tuan-tuan dan puan-puan juga dilarang membawa minyak wangi atau cecair melebihi 100ml. di sini saya ingin memberi tuan-tuan dan puan-puan borang maklum balas untuk mengetahui segala perhidmatan yang diberikan memuaskan atau sebaliknya dan bagi pihak saya memperbaiki segala kekurangan . saya
    berharap tuan-tuan dan puan-puan akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pada masa hadapan. Kerana masih banyak lagi tempat-tempat dan aktiviti menarik di Malaysia yang belum dirasai. Contohnya ,homestay{inap desa}di mana tuan-tuan dan puan-puan boleh bermalam di kampuang tersebut , dan mengetahui cara hidup di kampung.dan pendapatan utama bagi penduduk kampung adalah pertanian ,contohnya menoreh getak ,tuan-tuan dan puan-puan boleh memcuba sendiri dan merasai bagaimana menoreh getah, selain boleh mencuba mengucapkan ikan menggunakan tangan di mana ianya adalah sesuatu pengalaman yang baru. Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberi oleh tuan-tuan dan puan-puan sepanjang kita melakukan aktiviti lawatan dan juga kerana menjadikan Malaysia sebagai salah satu destinasi pelancongan tuan-tuan dan puan-puan. Di sini saya ingin memberi kad nama saya , agar tuan-tuan dan puan-puan dapat menghubungi saya apabila mengunjungi Malaysia pada masa akan datang terima kasih.


    ReplyDelete
  11. Macam mana cara melakukan komentar bergambar (slaid)

    ReplyDelete