
12 Dec 2012
23 Nov 2012
22 Nov 2012
NOTA TOUR LEADER : PROSES LAWATAN
LA 02 : PROSES
LAWATAN
PROSES LAWATAN MELIBATKAN :
02.01 : PRAKTIS
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
02.02 : URUS
KEBERANGKATAN KUMPULAN PELANCONG
02.03 : URUS
AKTIVITI LAWATAN
02.04 : URUS
OPTIONAL TOUR
02.01 : PRAKTIS KESELAMATAN DAN KESIHATAN
(1) Memastikan
semua pelancong mengambil insurans perjalanan ke luar negara.
Insurans
perjalanan adalah skim perlindungan yang disediakan untuk pelancong sewaktu
melancong dimana ia merangkumi:
-
perbelanjaan
perubatan
-
bayaran
hospital
-
pembedahan
-
pengangkutan
ambulans
-
Medical evacuation (penggunaan perubatan / peralatan di
dalam ambulans /helikopter /kapal terbang)
-
Kemalangan
yang melibatkan kematian
-
Pengebumian
-
Kecurian,
kehilangan atau kerosakan barangan / harta peribadi ( contoh: wang atau
passport)
-
Pembatalan
perjalanan
(2) Menasihati
/ mengingatkan pelancong sekiranya mereka
dalam perubatan dan perlu membawa ubat
bersama, pastikan
mereka mendapat preskripsi dan nasihat
dari doktor terlebih
dahulu sebelum pergi melancong.
(3) Meminta
atau mengingatkan para pelancong supaya mengambil suntikan vaksin / imunisasi (bagi
negara-negara yang mewajibkan suntikan tersebut). Diantaranya:
(i) Vaksin HNIG (Human Normal Immunoglobin) – vaksin
mandatori yang diperlukan bila melawat
negara-negara
yang mempunyai wabak demam kuning seperti
Afrika,
Amerika Selatan dan Asia .
(ii) Vaksin Meningitis – wajib diambil oleh para
jemaah haji.
Dapat mencegah dari penyakit
radang selaput otak.
(iii) Vaksin Influenza – perlu diambil oleh semua
pelancong
yang
ingin ke luar negara.
(4) Membuat
research atau menyelidik dimanakah
hospital/klinik/pusat kesihatan yang berhampiran dengan destinasi yang ingin
kita tujui sekiranya berlaku kecemasan.
(5) Membawa
bersama dokumen atau kit-kit penting iaitu:
} No. telefon kedutaan
} No.
telefon talian kecemasan / pihak berkuasa tempatan destinasi yang ditujui
} No. telefon Operator Pelancongan
destinasi yang ditujui
(contoh:
hotel,tempat lawatan,syarikat
penerbangan,restoran
dan lain-lain perkhidmatan
pelancongan)
} No. telefon Operator Pelancongan (option / backup)
}
No. telefon waris/keluarga
pelancong sekiranya berlaku
kecemasan
} First
aid kit (peti pertolongan cemas) secara amnya
mengandungi:
-
ubat-ubat
am
-
thermometer
/ alat jangka suhu
-
pencegah
serangga
-
rawatan
bagi gigitan serangga
-
penitis
mata
-
krim
pelindung matahari dan pelembap bibir
-
tablet
untuk sakit perut
-
plaster
luka / perawat lekat
-
antiseptic
-
ubat
penghilang kesakitan dan ubat batuk, selsema dan sinus
-
ubat
pencegah cirit birit
-
krim
sanitasi tangan
-
gunting
/ tweezer / penggunting kuku / jarum peniti / pin dan sebagainya
(6)
Mengingatkan
atau memberi amaran kepada kumpulan pelancong supaya sentiasa berwaspada dengan
keadaan sekeliling contohnya penyeluk saku, peragut atau perompak.
(7)
Meminta
dan mengingatkan pelancong supaya tidak membawa bersama barang-barang berharga
seperti perhiasan emas dan sebagainya ketika melancong.
(8)
Menasihati
dan mengingatkan pelancong tentang polisi pemeriksaan di lapangan terbang.
Contohnya :barang-barang yang boleh dibawa dan barang-barang yang tidak boleh
dibawa ketika melancong.
(9)
Meminta
semua pelancong memberitahu/melaporkan kepada Ketua Rombongan dengan segera sekiranya
berlaku masalah atau hal kecemasan sepanjang lawatan.
(10)
Mengingatkan
pelancong supaya menjaga kesihatan dan mengambil langkah penjagaan kesihatan
semasa lawatan bagi mengelakkan mereka dari jatuh sakit. Contohnya: mamakai
pakaian yang sesuai dengan keadaan iklim, sentiasa mencuci tangan, makan makanan
yang bersih dan sebagainya.
(11)
Sekiranya
destinasi yang ditujui mengalami cuaca panas seperti negara-negara tropika,
nasihatkan mereka memakai krim pelindung matahari bagi mengelakkan selaran
kulit dan minum air yang banyak.
(12)
Meminta
pelancong supaya sentiasa:
} berada
di dalam kumpulan
} mendengar
dan mematuhi arahan yang diberikan
(13)
Menyimpan
semua passport dan pas pelepasan pelancong sepanjang lawatan dijalankan. Ketua
Rombongan boleh menyerahkan passport kepada pihak hotel untuk disimpan di dalam
peti simpanan yang berkunci. Ini bertujuan untuk mengelakkan masalah pelancong
kehilangan passport semasa lawatan di sana .
(14)
Beri
nombor telefon serta alamat hotel penginapan kepada semua pelancong sekiranya
mereka tersesat semasa lawatan dijalankan.
(15)
Membawa wang kontigensi atau traveler’s cheques yang
disediakan
oleh syarikat agensi untuk sebarang kecemasan
atau perbelanjaan semasa
lawatan.
(16) Menyediakan
Booklet perjalanan atau buku
panduan/tips perjalanan (sediakan salinan untuk diedarkan kepada pelancong)
tentang:
-
Maklumat
tukaran wang asing
-
Maklumat
tentang cuaca
-
Maklumat
tentang pakaian yang sesuai
-
Itinerary / jadual perjalanan
-
Jadual
waktu solat
-
Berat
bagasi yang dibenarkan
-
Dan
informasi yang berkaitan
(17) Membawa
buku terjemahan bahasa asing atau language
translation booklet supaya memudahkan urusan komunikasi.
THE DIFFERENCE BETWEEN TOUR LEADER AND TOUR GUIDE
THE DIFFERENCE
BETWEEN TOUR LEADER AND TOUR GUIDE
TOUR
GUIDE
A Tour
Guide is someone who works within an area they know very well. They provide
a tour of a city, park or specific attraction like Niagara Falls . Their job entails providing
commentary, routing the tour and seeing that people have a good time. They are
paid by a local company and typically work on a daily basis.
A National
Guide (also known as a Tour Director or Tour Manger) is someone who leads a
group throughout a country or part of a country. Their job entails providing
commentary, routing the tour, timing the tour and looking after logistics like
hotel check-ins and reservations for attractions. Contrary to popular belief
they are in charge of everything not the Coach Driver. They are paid by the
Tour Operator and typically work fulltime for the tour season.
A tour guide usually refers to local tour guide, who guide in a
specific location. Responsible for arrangements in his city, i.e. meals, local
transportation local hotel arrangement, city introduction, and on-site
commentary, etc.
For a package tour, tour leaders and tour guides are working together to ensure a great sightseeing experience of travelers. For independent travelers, tour guides and tour leaders usually refer to same responsibilities in the destination.
The Tour Guide is a licensed qualified expert who supplies specific information on history, art, architecture and culture of the city/village/museum in which he/she is guiding the tour. The guide meets the group at the place required and leaves the group at the end of the tour, they do not travel with the group.
(The tour guide is not a general guide for
all sites, but has to obtain a license for each city and it’s province).
TOUR LEADER
A Tour
Leader is someone who leads a group overseas. They may or may not have
visited the place prior. Their job entails ensuring the people get what they
paid for, facilitating the flight, and making sure the people have a good time.
They are the person who takes a person to see a doctor or throws a
"welcome cocktail party" on arrival. They work together with the Tour
Guide and sometimes a National Guide as well. They may be paid by the Tour
Operator who planned the trip or sometimes a Travel Agent who put the trip
together. A professional Tour Leader typically will lead about a dozen trips a
year.
A tour leader is some one accompanying
the whole tour. He/she may not introduce the detailed sceneries or sights, but
take general care of accommodation, transportation between locations and
communication with tour guides in each stop.
The Tour
Leader (the
person who accompanies the group to the sites) has a different professional
license. They are with you throughout the whole trip and lead the group,
giving them general information on the countries and cities/towns visited. They
will help you with general guidance around a city/village, and give you
information on the place visited on the bus, but they are not required to have
specific knowledge on art architecture and history. They are not allowed to give a guided
tour of the place once there and if caught doing so, they will be fined.
If the Tour Leader also has a license for
Tour Guide, they can combine the two jobs by accompanying the tour to the
place, giving general assistance and also a guided tour.
JOURNAL - Kajian Keberkesanan kaedah Pengajaran Pembelajaran Kooperatif
KAJIAN
KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN PEMBELAJARAN KOPERATIF DI DALAM MODUL PEMANDU
PELANCONGAN BANDAR (SIJIL MODULAR KEBANGSAAN [SMK] PENGENDALIAN PELANCONGAN)
Zakina Izienty Zainal
Budi Alfahmi Mohd Zaid
Kolej Komuniti Sungai Siput
Abstrak
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat
keberkesanan kaedah pengajaran pembelajaran koperatif ke atas pelajar-pelajar Sijil
Modular Kebangsaan (SMK) Pengendalian Pelancongan peringkat Modul Pemandu
Pelancongan Bandar (SPP 1) bagi menyelesaikan masalah dalam memahami kandungan
pelajaran, seterusnya meningkatkan minat serta membina tahap keyakinan pelajar.
Seramai 18 orang pelajar telah dilibatkan di dalam kajian tindakan ini. Hasil
tinjauan awal yang telah dilaksanakan melalui ujian teori dan ujian amali di dalam
kelas mendapati keputusan terdahulu yang diperolehi oleh para pelajar berada di
tahap yang agak membimbangkan. Maka fokus kajian ini adalah untuk mengatasi
masalah tersebut dengan memperkenalkan kaedah alternatif bagi membolehkan para
pelajar memahami topik yang diajar serta menguasai kemahiran yang terkandung di
dalam mata pelajaran tersebut dengan lebih berkesan. Kajian meliputi aspek aras
pengetahuan, aras kefahaman, tahap motivasi dan rumusan aspek-aspek tersebut. Maka
kaedah pengajaran pembelajaran secara koperatif telah dilaksanakan dan didapati
perbandingan keputusan di antara Ujian Pra-Tindakan dan Pasca-Tindakan ke atas
18 orang pelajar ini telah meningkat secara relatif. Selain itu, hasil dapatan
daripada soal selidik dan sesi temubual yang turut dijalankan mendapati pelajar
juga menunjukkan kecenderungan serta minat terhadap kaedah pengajaran
pembelajaran tersebut berbanding dengan kaedah berpusatkan pensyarah. Justeru
itu, kaedah pengajaran pembelajaran secara koperatif ini mampu dilihat sebagai
salah satu kaedah pengajaran pembelajaran yang efektif dan harus dilaksanakan
di dalam sesi P&P (Pembelajaran dan Pengajaran) secara lebih meluas
khususnya di dalam program Sijil Modular Kebangsaan Kolej Komuniti.
I.
PENGENALAN
Kewujudan Kolej Komuniti sebagai laluan alternatif kepada para lepasan
menengah telah berjaya membuka ruang yang sebelum ini tertutup kepada lepasan
menengah yang tidak berjaya menempatkan diri masing-masing di dalam arus
akademik perdana hasil dari keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang tidak
memberangsangkan ataupun gagal dalam subjek-subjek utama. Kurikulum Sijil
Modular Kebangsaan yang diperkenalkan pada tahun 2010 yang menitikberatkan
pendekatan Pembelajaran Berasaskan Tindakan (Action Oriented Learning) berbanding teori semata-mata amat
membantu para pelajar Kolej Komuniti bagi memahami isi kandungan matapelajaran
seterusnya menguasai kemahiran-kemahiran asas tertentu di dalam bidang pilihan
masing-masing dengan mengambil kira situasi kerja sebenar. Salah satu
pendekatan yang sesuai adalah pembelajaran secara berkumpulan atau pembelajaran
koperatif. Pendekatan ini mempunyai kelebihan kerana mereka lebih berpeluang
untuk memberikan idea, berbincang dan berinteraksi satu sama lain dan belajar
melalui pengalaman mereka sendiri. Pendekatan ini merupakan satu inovasi dalam
strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar. Di peringkat ini,
pelajar-pelajar diajar dan diterapkan nilai pembelajaran kendiri dan berdikari
agar mereka mampu untuk bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka.
II.
PERMASALAHAN
MELALUI REFLEKSI
Walaubagaimanapun, berdasarkan pemerhatian terdahulu, kaedah
pembelajaran berpusatkan pensyarah yang lebih menitkberatkan pembelajaran dan
pemahaman secara individu ternyata menjadikan para pelajar lebih sukar untuk
menerima isi kandungan pelajaran apatah lagi untuk memahami serta mengaplikasi
pengetahuan yang telah diperolehi. Di antara faktor-faktor yang telah
dikenapasti sebagai pendorong kepada permasalahan ini adalah:
i.
Modul matapelajaran yang tidak menitikberatkan/mengaplikasikan
konsep kerja berpasukan dalam kalangan pelajar.
ii.
Sikap pelajar yang cenderung kepada individualistik
berbanding kerja berpasukan.
iii.
Modul yang diajar terlalu padat sehingga timbul
kekangan masa untuk melaksanakan kaedah pengajaran pembelajaran koperatif.
iv.
Pensyarah kurang arif/sumber rujukan bagi
mengaplikasi kaedah pengajaran pembelajaran koperatif ini di dalam kelas.
v.
Pelajar kurang berpengetahuan/hampir tidak
mempunyai pengalaman dalam menggunakan kaedah pembelajaran koperatif.
III.
SOROTAN KAJIAN
a.
Latar Belakang
Kajian
Pengajaran dan pembelajaran secara koperatif
adalah strategi pengajaran dalam kumpulan kecil yang terdiri dari 4-5 orang
pelajar setiap kumpulan dengan penumpuan diberikan terhadap saling bergantungan
dalam kalangan ahli-ahlinya dengan mengekalkan tanggungjawab individu (Johnson,
1994). Masalah pembelajaran pelajar umumnya dikelaskan kepada tiga kriteria
utama iaitu kognitif, afektif dan tingkahlaku. Mercer & Mercer (1998)
menyatakan antara kriteria kognitif adalah terdiri daripada pencapaian akademik
yang rendah dan masalah penumpuan dalam pelajaran, kriteria afektif pula
kemahiran interaksi yang lemah dan bermotivasi rendah manakala tingkah laku
merujuk kepada kesukaran menyesuaikan diri dan menyisihkan diri.
b.
Kepentingan Kajian
Berdasarkan
pemerhatian sepanjang tempoh pelaksanaan program Sijil Modular Kebangsaan, di dapati
pelajar-pelajar masih terikut-ikut akan kaedah pembelajaran berpusatkan guru
yang mereka perolehi ketika di bangku sekolah di mana corak pembelajaran secara
individu menyebabkan mereka langsung/hampir tidak mempunyai pengetahuan dan
pengalaman tentang konsep kerja berpasukan, tidak mempunyai kecenderungan untuk
bekerjasama di antara satu sama lain serta tidak mampu untuk bersatu padu di
dalam satu kumpulan dalam menyelesaikan tugasan yang diberi. Para pelajar
dilihat lebih cenderung untuk bersifat individualistik dan mementingkan diri
masing-masing. Justeru itu, keberkesanan pembelajaran isi kandungan
matapelajaran baik dari aspek teori mahupun amali ternyata tidak berada pada
tahap yang memuaskan sekaligus menjejaskan prestasi penilaian berterusan serta
penilaian akhir di hujung tempoh sesuatu modul. Maka, kajian ini memiliki
kepentingan untuk mengenalpasti sejauh mana strategi pengajaran dan pembelajaran
secara koperatif dalam modul Pemandu Pelancongan Bandar (SPP 1) ini mampu
menarik lebih minat pelajar dan menghasilkan pembelajaran yang berkesan.
c.
Persoalan Kajian
i.
Apakah tahap aras pengetahuan pelajar semasa mempelajari
modul Pemandu Pelancongan Bandar (SPP1)?
ii.
Apakah tahap aras kefahaman pelajar setelah
mempelajari modul Pemandu Pelancongan Bandar (SPP1)?
iii.
Sejauh manakah tahap motivasi pelajar semasa
mempelajari modul Pemandu Pelancongan Bandar (SPP1) menggunakan kaedah
koperatif?
iv.
Adakah kaedah koperatif lebih berkesan untuk
menarik minat pelajar berbanding kaedah berpusatkan pensyarah?
IV.
FOKUS KAJIAN
Mengikut pemerhatian beberapa pengkaji, pelajar-pelajar yang
aktif akan menghasilkan suasana pembelajaran yang tidak membosankan. Menurut Rogers dan Freiberg (1994), para pelajar lebih
suka pengajaran yang tidak terlalu formal dan kaedah pembelajaran koperatif
memenuhi syarat ini. Kaedah koperatif menggalakkan para pelajar mengajar sesama
sendiri dan pelajar juga sebenarnya ingin berkongsi pendapat dengan pensyarah
dan rakan-rakan. Pelajar juga mampu membina persahabatan apabila bekerja secara
kumpulan. Mereka belajar berkongsi, memberi dan mendapat bantuan dan mendengar
pendapat rakan mereka. Maka, fokus kajian adalah untuk melihat keberkesanan
kaedah pengajaran pembelajaran secara koperatif dalam menilai “kebestarian”
seseorang pelajar yang bukan sekadar bergantung kepada kemampuan pelajar itu
meluahkan kembali apa yang telah dipelajari malah mampu untuk menggunakan
kepelbagaian idea rakan sebaya bagi menjana pemikiran dan mencipta ide baru
yang lebih kreatif dan inovatif.
V.
OBJEKTIF KAJIAN
a.
Objektif Am
Kajian adalah bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan
pembelajaran pelajar melalui kaedah pengajaran pembelajaran koperatif.
b.
Objektif Khusus
i.
Mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar dalam modul
Pemandu Pelancongan Bandar.
ii.
Mengkaji tahap kefahaman pelajar semasa mempelajari
modul Pemandu Pelancongan Bandar.
iii.
Mengetahui tahap motivasi pelajar semasa
mempelajari modul Pemandu Pelancongan Bandar menggunakan kaedah pembelajaran
koperatif.
iv.
Mengetahui keberkesanan kaedah koperatif semasa
proses pengajaran dan pembelajaran.
v.
Meningkatkan kesediaan pensyarah untuk menguasai
teknik pengajaran pembelajaran koperatif dengan lebih baik.
VI.
KUMPULAN SASARAN
Responden terdiri daripada
18 orang pelajar Sijil Modular Kebangsaan (SMK) Pengendalian Pelancongan
peringkat Modul Pemandu Pelancongan Bandar (SPP1) yang memperolehi keputusan
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sederhana/kurang memuaskan. Mereka
terdiri dari 7 orang pelajar lelaki dan 11 orang pelajar perempuan yang berumur
dalam lingkungan 18-21 tahun.
VII.
PELAKSANAAN KAJIAN
a.
Rancangan Tindakan
Kaedah
pembelajaran koperatif mengambil kira aspek kognitif, tingkahlaku, emosi dan
sosial pelajar. Dengan itu, pensyarah harus menerangkan prosedur tertentu untuk
mengendalikan kumpulan masing-masing. Justeru itu, kaedah koperatif ini telah
dilaksanakan di dalam proses P&P yang terlibat berdasarkan langkah-langkah
berikut:
Langkah Pertama: Positive Interdependence
(Sumbangsaran Positif)
-
Setiap ahli kumpulan diminta untuk menyumbangkan
idea atau usaha bagi menjayakan gerakerja kumpulan.
-
Setiap ahli kumpulan mempunyai penglibatan yang
unik atau peranan masing-masing bagi kumpulan tersebut.
Langkah Kedua: Face
to Face Interaction (Interaksi Bersemuka)
-
Menerangkan penyelesaian masalah secara lisan.
-
Mengajar ahli kumpulan yang lain tentang
pengetahuan yang ada.
-
Menilai pemahaman antara satu sama lain.
-
Berbincang tentang konsep yang telah dipelajari.
-
Menghubungkait tentang pembelajaran yang lalu dan
terkini.
Langkah Ketiga: Individual & Group Assessment
(Penilaian Individu & Kumpulan)
-
Mengekalkan saiz kumpulan yang kecil untuk
menggalakkan penglibatan individu yang lebih aktif/positif di dalam kumpulan
tersebut.
-
Memberi ujian kepada setiap pelajar.
-
Memilih pelajar secara rawak untuk membuat
pembentangan di dalam kumpulan.
-
Memantau setiap kumpulan dan merekod setiap pelajar
yang memberi sumbangan atau melibatkan diri secara aktif.
-
Melantik seorang pelajar dari setiap kumpulan
sebagai pemeriksa yang akan meminta ahli kumpulan lain untuk menyatakan jawapan
dan alasan bagi setiap jawapan yang diberikan.
-
Meminta pelajar mengajar pelajar-pelajar lain di
dalam kelas.
Langkah Keempat: Interpersonal & Small-Group
Skills (Kemahiran Interpersonal & Kumpulan Kecil)
-
Kemahiran sosial yang diterapkan melalui:
(a)
Kepimpinan
(b)
Membuat keputusan
(c)
Membina kepercayaan
(d)
Komunikasi
(e)
Kemahiran pengurusan konflik
Langkah Kelima: Group
Processing (Proses Berkumpulan)
-
Ahli kumpulan berbincang bagaimana kejayaan dapat
dicapai melalui kerjasama yang efektif dalam kumpulan.
-
Menyatakan bagaimana tindakan ahli kumpulan yang
dapat membantu dan tidak membantu.
-
Membuat keputusan tentang perkara-perkara yang
perlu dikekalkan atau diubah.
b.
Pelaksanaan Tindakan
i.
Rekabentuk
Rekabentuk
kajian menggunakan ujian-pra serta ujian-pasca yang mengandungi 10 soalan. Kaji
selidik turut ditadbir ke atas kumpulan sasaran yang sama.
ii.
Tempoh
Kajian ini
mengambil masa 6 minggu dan satu tempoh selama 10 jam diperuntukkan untuk
menjalankan proses pengajaran menggunakan kaedah yang dicadangkan.
iii.
Pemantauan
Pelaksanaan cadangan
kaedah di dalam sesi pengajaran dipantau oleh rakan pensyarah yang
berpengalaman mengajar matapelajaran yang sama selama 1 tahun (2 semester). Pemantauan
adalah berdasarkan prosedur yang telah ditetapkan dan komen/ulasan telah
diberikan berdasarkan pemerhatian ketika proses pemantauan.
c.
Instrumen Kajian
Instrumen kajian yang digunakan adalah seperti berikut:
i.
Ujian Pra
Ujian pra
yang terdiri daripada 10 soalan untuk menguji ingatan, pengetahuan dan
kefahaman pelajar tentang tajuk yang akan dipelajari. Tujuan diadakan ujian ini
ialah untuk mendapatkan maklumat dan gambaran awal pencapaian pelajar dalam
menguasai tajuk yang akan dipelajari.
ii.
Ujian Pasca
Ujian
diberikan kepada pelajar yang berkaitan untuk mengetahui tahap pencapaian
mereka di akhir sesi pengajaran yang telah dilaksanakan.
iii.
Soal Selidik
Borang
soal selidik dipilih sebagai instrumen untuk mendapat data dan maklumat
mengenai penggunaan kaedah koperatif dalam sesi pembelajaran. Soal selidik ini
mengandungi 10 item soalan di bawah 3 kategori pelaksanaan iaitu sebelum,
semasa dan selepas pelaksanaan kaedah koperatif yang perlu dijawab oleh pelajar untuk mengetahui sejauh mana pelajar
berminat terhadap kaedah yang dijalankan serta keberkesanannya. Item yang
digunakan ialah berbentuk Skala Likert seperti Jadual 1.
Jadual 1: Pemarkahan
Item (Skala Likert)
Nilai Skala
|
Pernyataan
|
1
|
Tidak Setuju
|
2
|
Kurang Setuju
|
3
|
Setuju
|
4
|
Sangat Setuju
|
VIII.
PENILAIAN DAN
REFLEKSI
Data yang
dikumpulkan dari instrumen kajian dianalisa dalam bentuk statistik bagi mencari
frekuensi, perbandingan skor min dan sisihan piawai di antara Ujian-Pra dan
Ujian- Pasca. Analisa data juga dilakukan dengan melihat pencapaian gred individu.
Kadar skor markah dikategorikan seperti di dalam Jadual 2.
Jadual 2: Skor
Markah Ujian-Pra & Pasca
Kadar Skor
|
Gred
|
80-100
|
A
|
60-79
|
B
|
40-59
|
C
|
20-39
|
D
|
0-19
|
E
|
Skema
pemarkahan kebolehan pelajar pada peringkat awal dan akhir kajian selama 6 minggu
dilihat berdasarkan skor markah yang diperolehi pelajar untuk setiap item
soalan dan markah keseluruhan. Kelemahan dan kesilapan pelajar sewaktu menjawab
soalan ujian dibincangkan oleh pengkaji.
Bagi soal
selidik pula, data akan menunjukkan tindak balas responden terhadap persoalan
kaedah yang dijalankan. Untuk memudahkan proses menganalisa data, penyelidik
telah menggunakan interpretasi skor min yang dikemukakan oleh Wiersma (1995)
sebagai rujukan interprestasi skor min seperti dalam Jadual 3 di bawah.
Jadual 3: Interpretasi
Skor Min (diadaptasi daripada Wiersma, 1995)
Tahap
Pengetahuan
|
Skor Min
|
Cemerlang
|
3.68 – 5.00 ke atas
|
Sederhana
|
2.34 – 3.67
|
Rendah
|
1.00 – 2.33
|
a. Analisa Ujian-Pra dan Pasca
Jadual 4:
Keputusan Ujian-Pra mengikut gred
Ujian
|
Gred
|
Bil. Pelajar
|
%
|
Pra
|
A
|
6
|
33.33
|
B
|
9
|
50
|
|
C
|
2
|
11.11
|
|
D
|
1
|
5.56
|
|
E
|
0
|
0
|
|
Jumlah
|
|
18
|
100
|
Jadual 5:
Statistik Ujian-Pra
Ujian
|
Kadar Skala
|
Frekuensi (f)
|
%
|
Pra
|
Tinggi
|
6
|
33.33
|
Sederhana
|
9
|
50
|
|
Rendah
|
3
|
16.67
|
Jadual-jadual di atas
menunjukkan kadar responden menjawab soalan Ujian-Pra digunakan bagi menjawab
Persoalan Kajian 1 yang menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pelajar berada di
tahap sederhana sebelum kaedah koperatif dimulakan. Skor min bagi ujian ini
adalah 68.33.
Bahagian Ujian-Pasca pula
digunakan untuk menjawab Persoalan Kajian 2 yang ditadbir selepas sesi
pengajaran menggunakan kaedah koperatif.
Jadual 6:
Keputusan Ujian-Pasca mengikut gred
Ujian
|
Gred
|
Bil. Pelajar
|
%
|
Pasca
|
A
|
16
|
88.89
|
B
|
2
|
11.11
|
|
C
|
0
|
0
|
|
D
|
0
|
0
|
|
E
|
0
|
0
|
|
Jumlah
|
|
18
|
100
|
Jadual 7: Statistik
Ujian-Pasca
Ujian
|
Kadar Skala
|
Frekuensi (f)
|
%
|
Pasca
|
Tinggi
|
16
|
88.89
|
Sederhana
|
2
|
11.11
|
|
Rendah
|
0
|
0
|
Berdasarkan Jadual 7,
didapati pencapaian pelajar di tahap tinggi dan rendah meningkat yang
membuktikan keberkesanan kaedah koperatif yang dipraktikkan di dalam sesi
pembelajaran melalui peningkatan tahap kefahaman pelajar. Skor min bagi ujian
ini adalah 87.78.
Jadual 8:
Analisa Perbandingan Skor Min
Analisa
|
Ujian-Pra
|
Ujian-Pasca
|
Skor Min
|
Min
|
68.33
|
87.78
|
19.45
|
Sisihan Piawai
|
14.64
|
11.39
|
(3.25)
|
Dapatan perbandingan Ujian
Pra dan Pasca telah menunjukkan peningkatan min pencapaian ujian. Tahap
peningkatan min ujian boleh diinterpretasikan berdasarkan Jadual 3 dan berada
di tahap Cemerlang.
b. Analisa Soal Selidik
Soal selidik telah ditadbir
berdasarkan 10 item di bawah 3 kategori pelaksanaan iaitu sebelum, semasa dan
selepas pelaksanaan kaedah koperatif untuk menjawab Persoalan Kajian 3 dan 4
iaitu menilai tahap motivasi pelajar semasa mengikuti sesi pembelajaran yang
menggunakan kaedah koperatif dan menilai pandangan pelajar samada kaedah
koperatif lebih berkesan untuk menarik minat mereka berbanding kaedah
berpusatkan pensyarah.
Jadual 9:
Dapatan Soal Selidik mengikut peratus
Peringkat
|
Skala Likert
|
|||
Item
|
1
|
2
|
3
|
4
|
Peringkat
Sebelum (%)
|
||||
a.
|
-
|
11.11
|
55.56
|
33.33
|
b.
|
-
|
11.11
|
55.56
|
33.33
|
c.
|
-
|
33.33
|
27.78
|
38.89
|
Peringkat
Semasa (%)
|
||||
a.
|
5.56
|
5.56
|
33.33
|
55.55
|
b.
|
5.56
|
5.56
|
33.33
|
55.55
|
c.
|
-
|
5.56
|
44.44
|
50
|
Peringkat
Selepas (%)
|
||||
a.
|
11.11
|
5.56
|
38.89
|
44.44
|
b.
|
11.11
|
33.33
|
27.78
|
27.78
|
c.
|
5.56
|
11.11
|
44.44
|
38.89
|
d.
|
-
|
5.56
|
33.33
|
61.11
|
Berdasarkan Jadual 9, data
soal selidik menunjukkan bahawa sejumlah 17 orang responden (94%) bersetuju
bahawa kaedah koperatif memudahkan mereka memahami topik yang diajar, diikuti
oleh 16 orang responden (89%) bersetuju bahawa kaedah ini menyeronokkan.
Walaubagaimanapun, terdapat sejumlah 8 orang (44%) responden mempunyai persepsi
bahawa kaedah pembelajaran koperatif tidak memberi impak yang jelas terhadap
tahap pengetahuan mereka. Namun pada keseluruhannya, persepsi pelajar terhadap pelaksanaan
kaedah ini adalah positif berdasarkan maklumbalas yang memuaskan melebihi 80%.
c. Refleksi Kajian
Dapatan kajian ini didapati
menyokong andaian di mana kaedah koperatif yang telah dilaksanakan dapat membantu proses pembelajaran
para pelajar dengan lebih berkesan berdasarkan tahap peningkatan min ujian-pasca
berbanding ujian-pra. Dapatan soal selidik pula memberi indikasi bahawa masih
terdapat ruang untuk penambahbaikan terhadap mekanisme tindakan yang dilaksanakan.
Secara umumnya, kaedah pengajaran pembelajaran koperatif harus dilaksanakan
mengikut kesesuaian tempat serta demografi pelajar (flexible) dan tidak harus dilaksanakan berdasarkan garis panduan
yang ketat (rigid). Ianya menuntut
kepada kreativiti para pensyarah dalam menentukan set pembolehubah yang dapat
memenuhi keperluan sesi pengajaran dan pembelajaran.
IX.
CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN
Kajian ini adalah terbuka kepada cadangan penambahbaikan seperti
berikut:
i.
Memberi pendedahan berterusan tentang kaedah pengajaran
pembelajaran koperatif kepada para pensyarah dan pelajar.
ii.
Menggunakan pendekatan mentor-mentee bagi proses
pelaksanaan dan pemantauan kaedah pengajaran pembelajaran koperatif di dalam
kelas.
iii.
Mengkaji dengan lebih mendalam keberkesanan kaedah
pengajaran pembelajaran koperatif untuk melihat kesesuaiannya ke atas pelajar
Kolej Komuniti.
iv.
Mengkaji kesediaan para pensyarah dengan
menggunakan pelajar serta pemantauan oleh pemerhati berpengalaman sebagai
responden bagi menambah baik data kajian.
X.
PENUTUP
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat sejauh manakah
tahap prestasi dan motivasi pelajar semasa mempelajari modul Pemandu
Pelancongan Bandar (SPP1) menggunakan kaedah koperatif. Selain itu, kajian ini
juga digunakan untuk mengetahui keberkesanan kaedah koperatif berbanding kaedah
tradisi yang berpusatkan pensyarah. Dapatan kajian ini juga,
sebenarnya memberi implikasi yang amat baik terhadap perkembangan pendidikan
masa kini. Ini kerana, kaedah koperatif ini menekankan aspek penglibatan
pelajar berbanding kaedah tradisi yang berpusatkan pensyarah. Melalui kaedah
ini, pelajar semakin berani memberikan
idea dan pandangan serta melibatkan diri secara aktif di dalam sesi pembelajaran.
Pensyarah hanya bertindak sebagai pemudah cara di dalam sesi pembelajaran
menggunakan kaedah ini. Hakikatnya, kaedah koperatif ini memberi banyak
kebaikan dan munafaat bukan sahaja kepada pelajar, malah ia mampu untuk meningkatkan
prestasi keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran di sesebuah institusi
pendidikan. Tambahan pula, kaedah koperatif ini pastinya mampu untuk mengubah diri seseorang pelajar daripada pasif
ke aktif.
XI.
BIBLIOGRAFI
Che Mansor bin Che
Tom (2000). Jurnal Bestari: Koleksi Guru Johor. Jabatan Pendidikan Negeri
Johor. (hlmn 48).
Chua Yan Piaw
(2006). Kaedah Penyelidikan. McGraw Hill, Kuala Lumpur
Chua Yock Chuan (2001).
Personaliti dan Motivasi Pelajar. Jurnal Pendidikan: PKPSM Johor. (hlmn 61-64).
Dr. Ismail Zain.
Artikel: Utusan Malaysia. 28 Mac 2001. Faedah Pembelajaran Koperatif Dalam
Sistem Penilaian.
Jabatan Pengajian
Kolej Komuniti (2011). Kurikulum Kemahiran Bermodular Kebangsaan, Versi 3.
Bahagian Dasar dan Pembangunan Kurikulum. Putrajaya
Kementerian
Pelajaran Malaysia (2008). Buku Manual Kajian Tindakan, Edisi 3. Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Putrajaya
Mohd Majid Konting
(2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan (Edisi 5), Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur
Saedah Hj. Siraj (1996).
Motivasi Dalam Pendidikan. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., Kuala
Lumpur
Shahabuddin
Hashim, Dr. Rohizani Yaakub & Mohd.Zohir Ahmad (2007). Pedagogi: Strategi
dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd., Kuala
Lumpur
Tan Aik Seong & Sabeha Abu Bakar (1998). Pengajaran dan Pembelajaran
Yang Berkesan: Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. (hlmn. 83-87).
Subscribe to:
Posts (Atom)